Header Ads

Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan
Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan. Kenapa terlebih garam ni? Orang tua-tua kata nak kahwin lah tu bila masak masin sangat. Itu bidalan untuk yang masih bujang, kalau yang dah beranak pinak masak pun masin.. itu tanda nak kena darah tinggi.. hehe {gurau aje ya..}

Ibu saya ajar kalau masakan terlebih masin, masukkan kentang je.. nanti masin tu serap dalam kentang. Tapi, lain orang lain petuanya. Jom baca sampai habis petua di bawah.

Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan


Petua Hilangkan Masin Dalam Masakan

Petua nak kurangkan masin dalam masakan. Kalau tambah air, cair pulak. Bila tambah gula takut rasa dah tak seimbang. Ha.. macam mana tu?

Ada caranya. Cara terbaik kurangkan masin dalam masakan adalah dengan menggunakan sejemput kelapa parut yang dibungkus dengan kain jarang (macam sup bunjut). Masukkan ke dalam masakan dan biarkan sehingga mendidih. Kemudian, bolehlah dikeluarkan bungkusan kelapa parut tersebut.

Semoga bermanfaat ya.

No comments

Powered by Blogger.