Header Ads

Resepi Ayam Madu Berempah Yang Sedap


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Ayam Madu Berempah Yang Sedap
Resepi Ayam Madu Berempah. Bila sekali pandang ayam madu berempah hampir sama masakan ayam berlada. Cuma, dalam ayam berlada saya tak masukkan pes tomato dan buah tomato.

Resepi berasaskan ayam ini diharap dapat memberikan anda banyak pilihan untuk memasak demi keluarga tersayang.

Saya perhatikan, dalam resepi ayam madu berempah ini juga tidak menggunakan serai yang sinonim dengan masakan sejenis dengannya seperti ayam masak merah dan ayam berlada.

Resepi Ayam Madu Berempah


Resepi Ayam Madu Berempah


Bahan-bahan:

1 ekor ayam yang dipotong 6 bahagian
4 biji bawang besar - dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia muda - dikisar
8 biji tomato - dipotong @ dibelah 4
100 gram daun ketumbar - dikisar
100 gram tomato paste
50 gram serbuk cili
50 gram serbuk jintan manis
50 gram serbuk jintan putih
50 gram serbuk ketumbar
3 sudu kecil madu
1 cawan susu krimer

Cara menyediakan Resepi Ayam Madu Berempah


1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang, halia dan rempah (daun ketumbar, serbuk cili, jintan manis dan jintan putih, ketumbar)

2. Masukkan tomato paste dan tomato yang dipotong

3. Kemudian masukkan ayam, biarkan sehingga ayam masak

4. Masukkan madu dan susu krimer (boleh ganti santan)

5. Masukkan perisa secukup rasa.

Ayam madu berempah siap untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.