Header Ads

Resepi Biskut Nestum Marble Istimewa


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Biskut Nestum Marble Istimewa
Resepi Biskut Nestum Marble Istimewa. Saya siarkan dan kongsi pula cara buat biskut nestum marble yang special kerana ada topping di atasnya yang dilakar cantik. Ia menjadikan kuih biskut raya anda nampak cantik dan sudah tentu sedap. Resepi biskut nestum marble ini saya dapatkan dari koleksi buku resepi yang saya dah simpan sejak 10 tahun dulu, dari zaman remaja kononnya...

Kalau suka, boleh dijadikan rujukan dan tambah koleksi resepi anda.

Resepi Biskut Nestum Marble Istimewa


Resepi Biskut Nestum Marble Istimewa

Bahan-bahan:

250 gram mentega
50 gram minyak sapi
125 gram gula aising
50 gram tepung jagung
200 gram tepung beras
1 sudu teh serbuk koko (perasa coffee oil)
2 biji kuning telur
150 gram nestum dikisar halus

Cara buat biskut nestum marble istimewa


1. Campur ke semua bahan dan gaul hingga sebati

2. Setelah jadi doh, terap dengan acuan kesukaan anda

3. Bakar selama 30 minit pada suhu 100 darjah celcius. Kemudian sejukkan dan letakkan topping di atasnya.

Bahan untuk hiasan atas (topping)

2 biji putih telur
120 gram gula aising
15 gram tepung jagung

Cara buat topping untuk biskut nestum marble


1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula aising dan tepung jagung. Pukul sehingga pekat.

2. Letakkan topping tersebut di atas biskut yang telah selesai di bakar dan agak sejuk.

3. Bakar sekali lagi selama 10 minit pada suhu 100 darjah celcius (api atas sahaja)

Selamat mencuba resepi biskut nestum marble yang pasti sedap. Share jika suka dan tambahkan koleksi resepi anda dengan terus menjadi pembaca setia blog kayoomanis.com.

No comments

Powered by Blogger.