Header Ads

Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Petai


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Petai
Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Petai. Sambal tumis antara menu yang kita jumpa hampir setiap hari, terutamanya ketika sarapan atau makan roti canai.. pasti ada secubit sambal tumis di situ. Kalau makan nasi lemak, tak sah kalau tak ada sambal tumisnya.

Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Petai
Sumber : http://secuitrasaumiejazz.blogspot.com/

Kali ini, saya ada resepi special sikit sambal tumis sotong dengan petai. Yang special bab petai tu, selama ini saya tak terfikir pun nak letak petai dalam sambal tumis sotong. So, bila dah terjumpa resepi dalam FB, maka saya simpan dalam blog ini untuk rujukan semua.

Resepi Sambal Tumis Sotong Dengan Petai


Bahan-bahannya:

1/2 kilo sotong dibersihkan
sedikit kunyit serbuk
2 papan petai diambil isinya
segenggam cili kering dikisar
sedikit belacan dikisar bersama cili kering.
1 biji bwg besar dihiris kasar
sedikit air asam jawa (boleh guna paste adabi)
sedikit garam, gula serta perasa (optional)
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara menyediakan Sambal Tumis Sotong Dengan Petai


1. Siang sotong, bersihkan, basuh dan tos airnya.

2. Gaulkan sotong dengan sedikit kunyit serbuk serta sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan.

3. Panaskan minyak. Masukkan sotong. Goreng sebentar kemudian angkat.

4. Dengan minyak yang berbaki, goreng cili kering yang telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.

5. Bila dah pecah minyak, tambahkan air asam jawa. Kacau rata kemudian masukkan sotong kacau rata.

6. Masukkan pula bawang besar yang telah dihiris tadi. tambahkan garam gula atau perasa. Kacau rata.

7. Bila semua bahan dah serata angkat dan bolehlah dihidangkan.

Semoga perkongsian resepi sedap dari sotong dan petai memberikan anda satu lagi idea memasak untuk hidangan seisi keluarga.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.