Header Ads

Telur Masak Sambal Sesedap Rasa Dan Mudah


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Telur Masak Sambal Sesedap Rasa Dan Mudah
Telur Masak Sambal Sesedap Rasa Dan Mudah. Lauk telur masak sambal adalah lauk kegemaran hero kecil saya. Kalau masak menu ini, dia boleh makan berpinggan-pinggan... hihi

Telur masak sambal juga boleh dimakan dengan ubi rebus, lempeng atau jemput-jemput. Suka hati anda nak gayakan macam mana. Buat sambal nasi lemak pun sedap..

Telur Masak Sambal Sesedap Rasa Dan Mudah

Telur masak sambal juga lauk emergency, kalau tak ada idea nak masak apa, masaklah telur masak sambal sebab cara menyediakannya yang amat mudah.

Telur Masak Sambal Sesedap Rasa Dan Mudah


Bahan-bahan:

5 biji telur rebus - dibuang kulitnya
10 tangkai Cili kering - rebus dulu dan kisar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 batang serai - potong kecil dan kisar
Asam keping
Gula dan garam

Cara menyediakan telur masak sambal mudah


1. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan 1 keping asam keping

2. Masukkan telur bila bahan ditumis telah cukup masak (pecah minyak)

3. Perisakan dengan gula dan garam secukupnya

4. Siap untuk dihidangkan dengan nasi panas.


Selamat mencuba resepi telur masak sambal yang mudah dan sedap. Kalau nak blender cili dan jadi lebih halus, masukkan sesudu minyak masak ketika kisar cilir dan bahan-bahan lain itu.

No comments

Powered by Blogger.