Header Ads

Cara Buat Kek Masam Manis Kukus Langkah Demi Langkah Mudah

loading...
Cara Buat Kek Masam Manis Kukus Langkah Demi Langkah Mudah. Kita cuba buat kek kukus asam manis nanti kejap lagi, resepi penuh ada di bawah. Don't worry.. nak cerita sikit kenangan buat kek kukus asam manis ni. Kita orang panggil kuih legend hari raya... kerana setiap kali musim perayaan kami adik beradik akan berkumpul buat kek ini. Orang kata resepi last minute sebab kat rumah tak ada kek untuk hidangan raya. So kek kukus masam manis yang jadi mangsanya. Ketua chef kak ngah saya.. yang lain tolong susun asam haw flakes tu je laaa...

Lepas tu, sanggup tunggu sampai kek kukus masam manis tu masak. Sebab nak hidu baunya yang harum bila kek dah masak. Sungguh semerbak satu rumah. Boleh agak bila kek masam manis ni dah masak, berkerumun tepi meja nak potong dan rasa sikit.. haha. Kek ni panas-panas makan lain sikit auranya..

Cara Buat Kek Masam Manis Kukus Langkah Demi Langkah Mudah
Gambar hiasan - kek masam manis kukus

Resepi Kek Masam Manis Kukus 


Bahan-bahannya:

Telur 5 bji (sejukkan dalam peti ais)
2 cawan tepung kek
1 1/2 cawan gula halus
100ml minyak masak
150ml susu cair
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar ovellate
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna pilihan
Asam Haw Flakes secukupnya

Cara Buat Kek Masam Manis Kukus Langkah Demi Langkah Mudah


1. Putar telur, gula, ovellate dan serbuk penaik sampai kembang, masuk vanilla. Pukul..lagi, masukkan minyak. Pukul sebati.

Cara Buat Kek Masam Manis Kukus Langkah Demi Langkah Mudah

2. Akhir sekali masuk tepung selang seli dengan susu cair. Kacau rata..

3. Bahagikan kepada 2 @ 3 bahagian. Warnakan. Biasanya kami hanya buat 3 warna atau bahagian. Lebih kemas.

4. Panaskan kukusan.., Sapu loyang dengan minyak

5. Ambil 5 sudu besar adunan. ratakan dan susun
asam..


6. Kukus selama 5 hingga 7 minit. lapiskan lagi warna yang berlainan, susun asam dan ulang sehingga habis.

7. Lapisan terakhir biar kukus lama sikit supaya kek betul-betul masak..

Cara Buat Kek Masam Manis Kukus Langkah Demi Langkah Mudah
Gambar hiasan
Selamat mencuba.. begitulah rupa kek kukus masam manis bila dah siap. Makan panas-panas lebih sedap. Yang tak tahan bau harum dia.. satu rumah..

Jangan lupa share.. mana tahu ada rakan-rakan anda nak buat kek kukus masam manis ni.. ikuti langkah demi langkah ya..

No comments

Powered by Blogger.