Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Kuih Sagu Sukatan Cawan Yang Sedap

Cara Buat Kuih Sagu Sukatan Cawan Yang Sedap. Kuih sagu atau kuih sagu mata ikan adalah kuih tradisional kegemaran saya. Ia antara kuih yang saya selalu cari samada ketika sarapan atau minum petang. Kalau rajin sikit, saya akan buat kuih sagu tersebut.

Dalam entri resepi kuih muih tradisional kali ini, saya kongsikan dua resepi kuih sagu dimana satu cara mengukus dan satu lagi cara rendaman semalaman (tanpa kukus). Anda boleh tengok cara-cara dan resepinya di bawah.

Cara Buat Kuih Sagu Sukatan Cawan Yang Sedap

1) Resepi Kuih Sagu Sukatan Cawan Yang Sedap

Bahan-bahan:

1 cawan sagu (lalukan air paip dan toskan)
2  3/4 cawan air
3/4 cawan gula pasir
Daun pandan (simpul)
Sirap ros
1/2 biji kelapa parut ambil yang putih, campur sedikit garam (kukus seketika)
Loyang saiz 7 sapu minyak dan alas plastik
(kalau guna acuan kecil sapu minyak saja)

Cara Buat Kuih Sagu Sukatan Cawan Yang Sedap


1. Didihkan air, pandan, pewarna. Bila dah mendidih masukkan sagu. Kacau sampai sedikit pekat.

2. Masukkan gula, kacau lagi hingga pekat. Dah pekat tutup api.

3. Tuang dalam loyang, kukus hingga tiada butiran sagu putih (nampak jernih jer) lebih kurang 15-20 minit.

4. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti sejuk bahagian bawah.

5. Nak makan potong dan gaul kelapa parut tadi

2) KUIH SAGU TANPA KUKUS

(sumber: Cella)

Bahan-bahan:

1 cawan sagu biji(rendam semalaman)
2 cawan air
1/2 cawan gula
1 sudu teh perisa ros merah
Kelapa putih + sikit garam

Cara buat sagu biji tanpa kukus yang sedap


1. Rendam sagu semalaman dalam air yang banyak.
2. Masak 2 cawan air hingga mendidih
3. Tapis sagu yang direndam dan terus masukkan dalam air mendidih tadi.
4. Kacau perlahan- lahan hingga nampak semua sagu menjadi jernih & tiada lagi bintik2 putih.
5. Tambah pewarna merah berperisa ros dan gula.
6. Biar mendidih dan nampak pekat.
7. Tuangkan dalam loyang @ acuan2 kecil dan biar sejuk.
8 Potong kiub @ bentuk diamond dan gaul kelapa parut putih bergaul sikit garam..

Nota:

1. Sagu akan masak jernih cantik kerana sudah direndam lama semalaman.
2. JANGAN RISAU, walaupun direndam semalam,sagu takkan hancur, dan akan kekal bentuknya. Dengan syarat JANGAN DIKACAU masa tengah rendam tu..Cara ini menghasilkan kuih yang lebih lembut dan kurang kenyal.
3. Juga cara ini sesuai untuk pengguna yang tiada pengukus. Sebaiknya sagu direndam semalaman dan dimasak pada waktu pagi. Untuk dihidang pada petang supaya hasil kuih sempurna..

Cara Buat Kuih Sagu Sukatan Cawan Yang Sedap

Selamat mencuba. Anda pasti puashati dengan hasil resepi yang dibuat sebab semua resepi ni memang mudah dan disukai ramai. Nak makan pun senang, kenyal dan lembut. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close