Header Ads

Cara Buat Pisang Goreng Rangup Paling Mudah


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Cara Buat Pisang Goreng Rangup Paling Mudah
Cara Buat Pisang Goreng Rangup Paling Mudah. Pisang goreng jadi menu minum petang kegemaran ramai di mana jua, kampung ataupun di bandar. Ada sesetengah tempat makan pisang goreng dengan sos dan ada pula yang makan pisang goreng dengan sambal kicap. Anda yang mana satu? Saya makan pisang goreng dengan sambal kicap. Cara macam ni terkenal di negeri Johor. Memang itu dah trendnya. Jika anda tak pernah buat macam tu, boleh cuba. Kalau tak suka makan aje dengan sos. Pisang goreng dah jadi industri kecil yang diceburi oleh kebanyakan orang. Selain jual pisang goreng, dia orang akan jual juga keledek goreng, cendawan goreng, tempe goreng dan yang sewaktu dengannya.., yang penting halal. Ya tak? Apa agaknya pisang yang sedap digoreng? Bagi saya, pisang tanduk, pisang nangka, pisang nipah adalah jenis pisang yang sedap digoreng. Bila dah ada pisangnya, nak kena salut dengan tepung sekali. Kalau goreng pisang semata.. tak jadi pisang goreng jawabnya. Nak uli tepung goreng pisang kena ada cara dan petua. Haaha..

Cara Buat Pisang Goreng Rangup Paling Mudah

Jom baca di bawah cara-cara buat pisang goreng rangup yang paling mudah dan murah. Semua orang boleh cuba, tapi still berbeza rasanya. Kenapa ya? Itu namanya tangan yang menguli tu yang ada kepakaran masing-masing. Lebih banyak makan asam garam orang kata..

Resepi Pisang Goreng Rangup


Bahan-bahan:

3 biji pisang tanduk - di buang kulit dan di potong serong..1 cawan tepung beras
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar Planta
Sedikit Garam
Serbuk kunyit
1 sudu besar air kapur (cair)
Air secukupnya

Cara Buat Pisang Goreng Rangup Paling Mudah


1. Campurkan semua bahan seperti tepung beras, tepung gandum, planta, serbuk kunyit. Gaul rata.

2. Air garam (garam bancuh air), campurkan ke dalam campuran bahan di atas.

3. Masukkan air kapur. Kacau rata.

4. Cair bahan uli tadi macam nak buat lempeng.

5. Celupkan pisang tanduk ke dalam tepung cair dan goreng dalam panas sederhana.

6. Angkat bila telah kekuningan.  Sedia untuk dihidangkan.

Cara Buat Pisang Goreng Rangup Paling Mudah

Pisang goreng anda rangup hingga sejuk. Dengan cara campur dengan air kaput tadi, tepung pisang goreng anda tidak akan resap minyak.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.