Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Donut Kentang Sedap Dan Mudah Untuk Famili

Donut Kentang Sedap Dan Mudah Untuk Famili. Hai.. saya nak share resepi donut kentang yang gebu, lembut dan sedap. Kesukaan my son ni.. bila sikecil suka donat, terpaksalah satu keluarga kena suka. Sebabnya, saya akan berulang kali masak makanan yang sama. Sampailah dia orang dah boring.. haha. Sebelum ini saya ada juga share resepi donut lembut resepi mother in law, resepi tengok SINI

Bila dah disalut gula, makan gulanya aje, mahu kena kencing manis maca ini..  

Donut Kentang Sedap Dan Mudah Untuk Famili

Donut kentang dah ada banyak versi tetapi saya buat suka ikut cara Yatie Memories. Apa pun kuih muih yang saya ikut resepi dan langkah demi langkahnya, insyaa Allah menjadi. Cuma kena ikut citarasa sendiri, nak donut kentang tu manis sikit atau tidak. Kalau suka manis, masukkan susu manis atau tambah jumlah sudu gula ketika nak menguli doh.
  

Donut Kentang Sedap Dan Mudah Untuk Famili 


Donut Kentang Sedap Dan Mudah Untuk Famili

Bahan-Bahan


500 gram tepung gandum
200 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek
4 sudu besar susu tepung - biasa
1 biji telur (dipukul sedikit)
200 ml air suam - uli doh guna tangan, sambil masukkan air sikit-sikit
3 sudu besar marjerin/butter
3 sudu besar gula
2 sudu kecil yis

Cara menyediakan donut kentang sedap dan mudah


1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan doh betul-betul lembut.

2. Uli selama 8 hingga 10 minit. Doh dah kenyal dan tak melekat di tangan.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1 jam.

4. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. Bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnya, seperti bentuk donut. 

5. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

6. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close