Header Ads

Resepi Acar Timun Rangup Sedap Dan Mudah


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Acar Timun Rangup Sedap Dan Mudah
Resepi Acar Timun Rangup Sedap. Kalau anda dah tak tahu nak masak sayur apa petang nanti untuk buka puasa, anda boleh je buat acar timun dengan nenas yang simple. Lauk nya masaklah ayam kurma. Kan sedap..

Acar timun dengan nenas ni teramatlah mudah cara nak buatnya. Kalau suka boleh makan macam tu je. Macam makan salad. Kalau nak pedas, tambah cili padi lebih.. berderai airmata beb..haha

Resepi Acar Timun Rangup Sedap 


Resepi Acar Timun Rangup Sedap Dan Mudah
Resepi Acar Timun Rangup Sedap Dan Mudah

Bahan-bahan:

2 biji timun - bersihkan dan hiris kasar
1 biji nenas - di potong serong kecil dan nipis
5 batang cili merah - hiris nipis
1 cawan lobak merah - hiris nipis
2 biji bawang besar - hiris nipis
Cuka secukupnya
Gula secukupnya
Garam secukupnya

Cara menyediakan Resepi Acar Timun Rangup Sedap


1. Potong timun, nenas, cili merah, lobak merah, bawang besar mengikut citarasa masing.

2. Satukan semua bahan dan gaulkan bersama sedikit cuka, garam dan gula. Kacau rata dan sebati

3. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba acar timun dengan nenas yang rangup di atas. Masakan yang mudah menjadi sedap bila dimasak dengan kasih sayang. Setuju?

No comments

Powered by Blogger.