Header Ads

Resepi Biskut Kacang Yang Rangup


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Biskut Kacang Yang Rangup
Resepi Biskut Kacang Yang Rangup. Saya memang hantu biskut kacang. Setiap kali raya, saya mesti beli beberapa balang sebab nak makan awal, tak sanggup tunggu raya. Bukan saya saja yang suka, anak-anak pun suka. Jadi, saya cadang nak buat sendiri biskut kacang agar kami dapat makan sepanjang masa bila teringin. Biskut kacang yang rangup pasti digemari ramai. Masa bakar tu.. saya suka yang ada perang sikit. Itu lagi syiok!!

Resepi Biskut Kacang Yang Rangup


Resepi Biskut Kacang Yang Rangup

Bahan-bahan:

350 gram tepung gandum
350 gram gula aising
300 gram kacang tanah - dikisar
250 gram mentega
60 gram mentega kacang
2 biji telur
50 gram serbuk penaik

Cara membuat biskut kacang yang rangup


1. Masukkan mentega dan gula aising ke dalam mangkuk adunan dan pukul sehingga berkrim

2. Tambah telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga kembang

3. Masukkan tepung gandum, mentega kacang, serbuk penaik dan kacang tanah dan pukul selama 2 minit

4. Bentuk adunan bulat kecil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 20 hingga 30 minit.

Selamat mencuba resepi biskut kacang yang rangup di atas. Anda boleh share kepada rakan-rakan jika suka dan sama-sama mendapat resepi baru untuk raya nanti.

No comments

Powered by Blogger.