Header Ads

Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus
Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus. Kek lapis sedap yang dikukus selapis demi selapis dan diselikan dengan asam haw flakes. Wahhh.. sedap.. terliur. Bau wangi kek asam manis lapis ketika dikukus, amatlah meliurkan.. tak sabar nak makan sepotong. Hihi..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Teringat kenangan masa kecil jika mak kita orang nak buat kek lapis asam manis ni, yang habis dulu tentulah asam haw flakes nya. Kadang mak kita orang akan sorokkan gula asam haw flakes tu takut tak cukup nak buat kek.

Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus

Bila dah masak.. tengok tu asam haw flakes yang melting dan sebati dengan kek. Bila masuk mulut pasti sedap tak cukup sepotong. Moist sangat...

Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus

Resepi Kek Lapis Masam Manis


Bahan-bahan;


250 gram @ 1 buku mentega
250 gram @ 1 1/4 gula kastor
350 gram @ 1 bungkus biskut marie dikisar halus
1 sudu teh baking powder
125 ml susu pekat manis
7 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna hijau dan kuning
10 paket asam haw flakes

Cara buat kek lapis masam manis yang sedap


Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur dan pukul lagi.



2. Masukkan pulak susu, esen vanila dan biskut marie yang dikisar tadi. Kacau sehingga rata.

Resepi Kek Lapis Masam Manis Kukus

3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu diwarnakan hijau dan satu lagi diwarnakan kuning.

4. Kukus kek selapis demi selapis. Di antara lapisan kek letakkan asam haw flakes. Setiap lapisan kukus selama 3 minit hingga 5 minit.

5. Buat selang seli sampai habis.

Siap sudah cara buat kek lapis masam manis kukus yang mudah tapi gerenti sedap. Jika anda ada nak buat 3 warna atau kek masam manis 3 lapis, bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Sesuaikan mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba langkah demi langkah buat kek masam manis kukus yang mudah.

No comments

Powered by Blogger.