Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap. Kuih kaswi atau kosui adalah kuih muih tradisional yang mudah dibuat. Ada tepung gandum, ada gula merah sikit dah siap dah.. begitu mudah dan murah. Kuih tradisi yang jadi pilihan untuk majlis kenduri saat-saat akhir sebab cara membuatnya tidaklah memakan masa yang lama.

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap
Gambar hiasan

Resepi Kuih Kosui Paling Sedap. Kuih kosui antara kuih tradisional kegemaran anak saya. Bila nampak kuih lapis dengan kuih kosui, dia akan minta kami beli lebih untuknya. Kami pun layan kan aje, tapi pelik budak kecil suka makan kuih lembik-lembik macam gitu..

Kuih kosui sedap bila rasanya ada rasa kapur dan kenyal. Tidak keras dan sedikit lembik. Sedang-sedang ngam dengan citarasa saya tu.. hihi

Resepi Kuih Kosui Paling Sedap


Ada sesetengah orang tak suka letak kapur makan dalam resepi mereka. Tapi bagi saya, kuih kosui yang sedap mesti ada rasa kapur sikit dan rasanya yang lembik kenyal. Memang sedap...

Resepi Kuih Kaswi Paling Sedap
Gambar hiasan
Bahan-bahannya:

Bahan-bahan (A) :

1 1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
2 helai daun pandan, disimpul
1 sudu makan kicap pekat lemak manis
(Jadikan 2 cawan air gula)

Bahan-bahan (B) :

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
3 cawan air
2 sudu besar air kapur makan

Bahan-bahan (C) :


Kelapa parut yang dikukus sebentar dan dicampur sedikit garam

Cara menyediakan Kuih Kosui atau Kaswi Paling Sedap


1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Tapis dan sejukkan.

2. Sebatikan bahan B, kacau rata dan tapiskan.

3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang (9") yang telah di sapukan dengan sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.

Jika buat dalam acuan lompang kukus selama 20 minit saja.

Untuk kuih kosui atau kaswi nampak warna hitam pekat, campurkan dengan kicap semasa membuat bancuhan tepung gandum tersebut. Jangan risau dengan campuran kicap pekat lemak manis dalam Resepi kosui hitam menawan tu, tak ada rasa kicap pun. Sebaliknya rasa kuih kosui tersebut lebih lazat, lemak manis dan kenyal. Warnanya pun amatlah menyerlah kehitaman dengan salutan kelapa parut putih di atasnya. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close