Header Ads

Resepi Nasi Tomato Yang Mudah Dengan Ayam Masak Merah


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Nasi Tomato Yang Mudah Dengan Ayam Masak Merah
Resepi Nasi Tomato Yang Mudah. Bila google cari resepi kita orang wanita akan cari resepi yang mudah dan tentulah sedap. Ada orang masak sangat teliti dan semua bahan mesti nak ada. Kalau terkurang 1 bahan masakan, dia punya meroyan hingga satu rumah dia bongkar. Ada pula cara memasak yang mesti ikut step, nak masuk air dulu ke, asam keping ke.. nak masuk garam ke.. cerewet kan kalau wanita memasak. Itu namanya teliti. Cuba tengok orang lelaki masak kat restoran atau warung.. pakai campak-campak je, jadi sedap pulak tu. Hihi.. jangan marah ya kaum wanita.. sekadar berbual kosong je.. ☺☺. Berbalik kepada resepi perkongsian hari ini, saya nak share resepi nasi tomato yang sedap dan mudah. Saya dah banyak kali masak nasi tomato, ada yang jadi dan ada juga yang gagal. Gagal tu maksudnya.. nasi kurang masak. Jadi jelantah.. kenapa ya? Kadang-kadang jadi gebu lembut je.. mungkin saya tak ikut sukatan campuran air yang sepatutnya. Pernah juga saya masak nasi tomato jadi lembik macam bubur. Haha... itulah pengalaman kisah benar saya di dapur...

Resepi Nasi Tomato Yang Mudah Dengan Ayam Masak Merah
Nasi tomato dengan ayam masak merah

Nasi tomato berwarna merah pink bila dah masak, nak makan macam tu je tanpa lauk pun tak mengapa. Padanan lauk yang sesuai biasanya ayam masak merah. Boleh juga dipadankan dengan ayam panggang bermadu. Kalau anak saya lebih suka layan nasi tomato dengan ayam goreng. Itu lagi simple sebab nasi tomato tu sendiri dah sedap. Ya tak?

Resepi Nasi Tomato Yang Mudah


Bahan-bahan:

4 cawan beras (bersihkan)
Butter sikit je dalam dua sudu besar. Ada orang guna minyak sapi. Sebab aku takde aku guna butter.
Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia  (kisarkan)
Tomato puri (guna 3/4 tin kecik)
Susu sejat (kalau nak warna nasi merah, tak payah letak susu sejat)
Air (nisbah beras dengan air 1:1.5)
Buah tomato (sebijik. Potong dadu. option gak. nak guna boleh tanak guna pon boleh)

Cara-cara buat nasi tomato yang paling mudah


1. Cairkan butter. Tumis kan rempah tumis. Masuk bahan kisar, tumis sampai naik bau.

2. Kecikkan api, tuang tomato puri dengan buah tomato. Kalau nak guna salah satu okey je. Kacau lagi bagi mesra. Biarkan mendidih kejap baru masukkan beras. Kacau rata dalam 2 minit.

3. Kalau guna susu sejat, masukkan 1 cawan susu sejat kemudian masuk air biasa 5 cawan. Kalau tak guna susu sejat masukkan air biasa 6 cawan. Tapi depends jugak beras yang anda guna. Ada beras kena pakai air lebih. Ada beras tak payah. Ikut kesesuaian..

4. Perisakan dengan garam. Kawal api dan biar beras sampai masak.

5. Kalau guna rice cooker, lepas masukkan beras tu pindahkan dalam rice cooker, masuk air, tutup dan biar sampai masak.

Angkat nasi, tabur dengan bawang goreng bagi wangi. Sedapnya!!

Lauk untuk nasi tomato biasanya adalah Ayam Masak Merah. Jom tengok resepi ayam masak merah pula.

Resepi Nasi Tomato Yang Mudah Dengan Ayam Masak Merah
Sumber google : Citarasawan

Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:


1 ekor ayam - di potong 16
10 tangkai lada kering - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
6 ulas bawang kecil - dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 batang serai - diketuk
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 keping asam keping
2 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis (anggaran 3 inci)
1/2 tin susu sejat
Sedikit gula
Sedikit garam
minyak untuk menumis
Serbuk perisa yang dibenarkan

Cara buat ayam masak merah


1. Panaskan minyak. Goreng ayam yang telah disalut dengan garam, kunyit dan bawang putih hingga masak kekuningan. Toskan.

2. Panaskan minyak baru. Tumiskan 2 biji bunga lawang, kayu manis dan serai. Hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar, sos tiram, sis cili dan sos tomato. Biarkan seketika hingga pecah minyak.

4. Masukkan asam keping tadi.

5. Biarkan mendidih, baru masukkan sedikit gula dan garam. Perisakan.

6. Masukkan ayam dan gaul rata.

7. Akhir sekali masukkan susu sejat untuk hidangan berkuah ayam masak merah yang berlemak dan lazat.

8. Siap untuk dihidangkan.

Siap sudah nasi tomato yang simple dan dipadankan dengan ayam masak merah yang sedap. Wah... kombinasi yang membuka selera. Kalau macam ni makan 2 pinggan pun tak terasa.. habis program diet sihat saya macam ni.. haha..

No comments

Powered by Blogger.