Header Ads

Resepi Tomyam Thai Sedap


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Tomyam Thai Sedap
Resepi Tomyam Thai Sedap. Kali ini kita tengok resepi buat tomyan thai pula, yang jarang saya kongsikan kerana kurang masak tomyam kat rumah. Kalau nak makan tomyam thai, pergi aje order kat seafood restaurant yang dimasak oleh orang siam atau kelantan.. sure rasa original punya..

Resepi Tomyam Thai Sedap
Sumber: Facebook

Resepi Tomyam Thai Sedap

(Sumber: FB Resepi Sedap)

Bahan-bahan:

1 paket perencah tomyam
4 biji tomato
5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
3 batang serai – diketuk
4 helai daun limau purut
1 batang lobak merah, sedikit cendawan
2 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
1 cm lengkuas
lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
2 sudu besar sos tiram – optional (ikut suka)
2 sudu besar sos cili dan sos tomato


Cara menyediakan Resepi Tomyam Thai Sedap


1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).

2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.

3. Masukkan pula lobak merah.

4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.

5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.

6. Kemudian masukkan tomato, cendawan dan daun limau purut.

7. Siap untuk dihidang

Haa.. siap tomyam thai kita yang sedap! Tomyam mesti ada daun limau purut, barulah mengancam! Makan masa musim hujan atau ketika tekak perit tak sedap makan nasi. Maka, makan tomyam panas pun dah cukup menyelerakan.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.