Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Begedil Kentang Sedap Ringkas

Resepi Begedil Kentang Sedap Ringkas. Jom kita main masak-masak dengan belajar buat begedil ringkas. Untuk yang baru nak mula masak, yang dah teror tak payah lah kut..

Begedil kentang ada dua cara nak buatnya. Maksudnya cara kentang itu dimasak untuk jadi bahan utama begedil kita. Iaitu boleh di goreng duku atau direbus kentang tersebut. Kalau digoreng boleh kenyal dan keras sikit begedil anda. Jika direbus kentang tersebut, begedil jadi lembik dan menyerap minyak bila digoreng.

Terpulanglah masing-masing ya...

Resepi Begedil Kentang Sedap Ringkas


Resepi Begedil Kentang Sedap Ringkas
Gambar hiasan dari Google
Bahan-bahan:

500 gm kentang
1/2 cawan bawang goreng
2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 batang daun sup ~ di mayam halus
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng.

Cara penyediaan Begedil Kentang Sedap Ringkas


1. Buang kulit kentang, bersihkan dan hiris. Goreng sehingga masak, angkat dan toskan. Lenyek kentang semasa masih panas sehingga hancur.

2. Satukan kentang, bawang goreng, daun sup, lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul rata.
3. Ambil sedikit adunan, kepal-kepalkan menjadi bulat dan leperkan sedikit. Buat sehingga habis.

4. Pukul telur, kemudian celupkan adunan yang telah dileperkan tadi dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan minyak.

Selamat mencuba resepi begedil kentang ringkas kesukaan kami sekeluarga. Kalau kurang enak hasilnya, sila lah cuba lagi sampai jadi sedap. Hihii..

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close