Header Ads

Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Sedap


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Sedap
Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Sedap. Apa nak masak hari ini? Inilah dilema ibu surirumah bila fikir bab masak. Nak makan kat kedai setiap hari rasa muak pulak, dengan menu yang serupa hampir setiap hari. Ada kala apa yang dimasak tak kena ditekak.. {cerewet pulak tu.. } hihi..

Teringat nak masak daging goreng kunyit, bila tengok peti ais, semua bahan ada.. kunyit hidup pulak tak ada.. so saya tukar kepada kunyit serbuk. Boleh jugak.. cuma kurang kesegaran rasanya.

Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Sedap 

Resepi Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Sedap


Bahan-bahan:

1) 600 gm daging
2) 2 - 3 inci kunyit hidup - tumbuk
3) 1-2 sudu besar serbuk kunyit
4) 2 inci halia - hiris nipis
5) 3 ulas bawang putih - hiris nipis
6) 2 ulas bawang besar
7) Kacang panjang atau kacang buncis (jika suka)
8) Lobak merah
9) Cili merah - hiris nipis
10) Minyak secukupnya
11) Garam


Cara memasak Daging Goreng Kunyit Dengan Kacang Panjang Sedap


1) Daging dihiris nipis.
2) Gaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya.
3) Masukkan daging, halia, bawang putih dan kunyit hidup yang ditumbuk ke dalam kuali dalam dan masukkan sedikit air sehingga paras daging.
4) Rebus sehingga daging lembut sepenuhnya. Tambah air jika air kering.
5) Bila daging dah lembut biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.
6) Dah kering airnya, tuang sedikit minyak dalam kuali dan buka api.
7) Goreng daging seketika dengan minyak tu.
8) Masukkan garam jika perlu.
9) Akhir sekali masukkan sayur kacang, lobak merah, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap!

Maka itulah resepinya daging goreng kunyit dengan kacang panjang yang sempat saya kongsikan. Semoga anda diluar sana dapat manfaat dan kongsikan resepi kepada yang berminat.

Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.