Header Ads

Resepi Kek Tiramisu Yang Mudah

loading...
Resepi Kek Tiramisu Yang Mudah. Siapa yang tak suka dengan kek tiramisu. Rasa kopi atau nescafe yang diadun dengan krim keju @ cheese cream amatlah sedap, cair di mulut. Dapat sepotong pun tak cukup, nak makan lebih-lebih takut gemuk. Tetapi kalau nak makan juga.. belajar buat sendiri. Bila-bila masa boleh makan. Cara nak buat kek tiramisu pun mudah. 

Cuba tengok resepinya di bawah. Mudah sangat. Tak perlu kukus atau bakar. Hanya masukkan dalam peti ais untuk hasil yang nyaman.. hihi

Ada yang masukkan kek tiramisu di dalam jar dan dibungkus cantik. Boleh dijadikan hadiah harijadi kepada rakan-rakan anda.   

Resepi Kek Tiramisu Yang Mudah
Kek tiramisu dalam jar - kredit Citarasawan

Resepi Kek Tiramisu Yang Mudah


Bahan-bahan:

1 biji sponge kek atau apa-apa kek
250 ml whipping cream
200gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara buat kek tiramisu ringkas dan sedap


1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek pada 3 bahagian
5. Susun 1 bahagian dalam bekas
6. Tuangkan 1/3 bahagian bancuhan nescafe ke atas kek
7. Sapu 1/3 bahagian adunan cream+cheese tadi atas kek
8. Susun lagi bahagian yang selebihnya
9. Ulang sampai habis kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar... 10.Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya...

Resepi Kek Tiramisu Yang Mudah
Kek tiramisu - kredit gambar Secret Recipe
Kek tiramisu adalah resepi dessert atau pencuci mulut yang mudah disediakan. Resepi ini saya simpan sebagai rujukan kepada saya pada masa akan datang jika hendak menyediakannya. Jika anda suka dengan dessert ini, kongsikan kepada rakan yang lain. Selain itu, anda juga boleh mencuba aneka resepi masakan dalam blog ini dengan klik pada pautan pada bahagian menu di atas.

No comments

Powered by Blogger.