Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Lepat Pisang Sedap

Resepi Lepat Pisang Sedap. Kuih lepat pisang antara kuih yang sering dimasak oleh bonda saya semasa saya kecil dulu. Jadi, kami memang dah biasa makan kuih lepat pisang. Cuma, bila sampai anak-anak zaman sekarang, mereka tak suka pulak. Kena paksa makan baru lah telan..

Siapa yang tak kenal dengan kuih lepat pisang memang tak patut, sebab kuih ni yang biasa orang kampung buat ketika kenduri tahlil atau majlis yassin sesama jiran tetangga.

Sebagai satu inisiatif, saya kogsikan resepi kuih lepat pisang untuk rujukan tuan puan semua.. ;)

Resepi Lepat Pisang Sedap
Resepi Lepat Pisang Sedap, sumber gambar Google

Resepi Lepat Pisang Sedap


Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras
3 sudu besar gula
secubit garam (sikit je..sekadar nk lemakkan)
12 biji pisang (lenyek)
daun pisang (layur dulu atas api)

Cara Buat Lepat Pisang Sedap


1. Campurkan ke semua sekali (tepung beras, gula, garam, pisang). Kacau sehingga sebati dan jika cair sangat, campurkan lagi sedikit tepung beras. (lebih kurang macam adunan buat jemput2 pisang tu la...)

2. Kemudian ambil daun pisang berbentuk segi empat tepat (yang telah dilayur) dan letakkan adunan diatas daun pisang itu sebanyak 2 sudu besar.

3. Lepas itu lipat,. macam yg kita beli kat kedai tu...

4. Letak dalam pengukus., ..kukus lebih kurang 20 - 30 minit.

5. Bila dah masak boleh lah dimakan,... (adunan ini boleh menghasilkan lebih kurang 15 biji lepat)

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close