Header Ads

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Sedap Dan Lembut

loading...
Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Sedap Dan Lembut. Pau sambal memang resepi yang wajib ada kat kantin sekolah. Dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah... mesti ada. So, kalau tak membelinya memang tak sah sebab nak rasa sambal ikan bilis dalamnya yang sedap dan pedas. Pau sambal juga dipanggil pau goreng sambal. Jom ikuti langkah demi langkah buat pau sambal sedap dan pedas di #kayoomanis.

Ada juga yang panggil #BURGER MALAYSIA. Terpulanglah nak panggil apa, yang penting kalau rasanya sedap akan beli banyak kali.

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Sedap Dan Lembut

Pau sambal sedap dibuat untuk sarapan pagi dan juga minum petang. Ada juga yang letak timun dalam penyediaannya sebagai hiasan. Terpulang anda nak letak atau sebaliknya.

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Sedap Dan Lembut


Bahan A

1 1/2 cawan air suam kuku
1 paket yis
2 sudu besar gula pasir
( Satukan semua dalam satu bekas. .. kacau dan biarkan 5 - 6 minit lebih kurang )

Bahan B

4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter, guna marjerin pun boleh
2 sudu besar susu pekat manis
1 1/2 sudu teh double action baking powder (baking powder biasa pun boleh)
1/2 sudu teh baking soda (effect rangup kulit burger tu nanti)
(Satukan semua bahan Bahan B gaul hingga jadi serbuk)

Cara Buat Pau Sambal Ikan Bilis Sedap Dan Lembut


1. Masukkan larutan yis (bahan A) ke dalam bahan B. . 2. Gaul rata dan uli sebati selama 8 - 10 minit. perap dalam bekas bertutup 10 minit. tabur tepung dalam talam. bulatkan doh, ..ikut saiz yang dikehendaki.
3. Tekan sikit atas doh tu., susun dalam dulang. Buat hingga siap. perap lagi 18 - 20 minit
4. Kemudian bolehlah digoreng guna api sederhana. Jangan lupa sentiasa balik-balikkan

SAMBAL IKAN BILIS (khas untuk pau sambal)


Bahan-bahan:

2 genggam ikan bilis (digoreng.. toskan)
1 biji bawang besar (hiris)
2 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis

Bahan kisar
10 -12 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 - 4 ulas bawang putih

Cara masak sambal ikan bilis untuk pau sambal


1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar.
2. Masukkan gula dan tumiskan hingga betul-betul naik minyak dan cili berubah warna.
3. Masukkan sos cili., kacau. Masukkan bawang hiris dan ikan bilis serta air. Bila dah agak pekat, masukkan garam dan bahan perasa.

Akhir sekali, nak buat pau sambal macam mana,? Mudah je, ambil pau yang telah digoreng tadi.., belah di tengah dan sumbatkan dengan sambal ikan bilis dengan sehiris timun.

Resepi Pau Sambal Ikan Bilis Sedap Dan Lembut

Siap. Kan senang je.. hihi๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Buat step by step ikut resepi ya.. kalau tak jadi pau sambal anda, jangan salahkan saya.. haha๐Ÿ˜…

Selamat mencuba resepi pau sambal sedap dan pedas di atas. Kalau tak suka pedas, kurangkan lada kering tadi. Semoga berjaya.

No comments

Powered by Blogger.