Header Ads

Resepi Puding Labu Sedap Dan Kurang Manis

loading...
Resepi Puding Labu Sedap dan berlemak. Puding labu sedap di makan ketika sejuk. Rasa cair dalam mulut dan kenyal sedikit sebab ada campuran agar-agar dalam bahan resepinya. So, dia tak lembik sangat. Sesuai je kalau nak jadikan pencuci mulut dalam sesuatu majlis.

Resepi Puding Labu Sedap Dan Kurang Manis
Gambar hiasan
Puding labu belum jadi viral atau keutamaan di negara kita ni, tapi kalau di Indonesia.. puding labu dah ada industri mereka. Puding labu banyak disediakan di hotel-hotel sebagai pencuci mulut yang utama. Kalau saya pun lebih suka puding kastard yang biasa, tapi sesekali cuba puding labu campur keledek ni sedap juga.

Resepi Puding Labu Sedap 


Bahan-bahan:

130 gram labu kuning
100 gram keledek kuning
40 gram tepung kastard
400 ml air
400 ml susu cair
11 gram serbuk agar-agar
140 gram gula pasir
1 camca vanila


Cara membuat Puding Labu Sedap Dan Lemak


Resepi Puding Labu Sedap Dan Kurang Manis

1. Rebus labu dan keledek. Bila dah masak, lecek hingga halus

2. Larutkan tepung kastard dengan sedikit air

3. Satukan semua bahan kecuali labu dan keledek, ke dalam periuk.

4. Kacau dalam periuk hingga pekat.

5. Masukkan labu dan keledek , kacau 1 minit lagi

6. Tuangkan ke dalam acuan puding yang sudah dibasahkan dengan air

7. Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk

Bila dah sejuk boleh dihidangkan.

Resepi Puding Labu Sedap Dan Kurang Manis


Resepi puding labu
yang dicampur dengan keledek yang telah dikongsikan di atas adalah dessert yang menyihatkan terutamanya untuk kesihatan mata. Labu dan keledek kuning/ oren memang terkenal kandungan khasiatnya untuk si rabun. Jadi, jika suka anda boleh ubahsuai sedikit rasa nya agar tidak terlalu manis.
Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.