Header Ads

Resepi Sup Telur Dengan Suhun Dan Kentang


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Sup Telur Dengan Suhun Dan Kentang
Resepi Sup Telur Dengan Suhun Dan Kentang. Sup telur dengan suhun memang sedap. Dalam bulan puasa, itulah menu sahur paling dicari dalam keluarga kami. Kemudian makan dengan nasi panas. Lauk lain dah tak perlu..

Sup telur dengan suhun sedap dicampur dengan potongan kentang kasar. Sedapnya dengan rasa lemak kentang tu.. kemudian tabur dengan daun sup. Sungguh menyegarkan.


Resepi Sup Telur Dengan Suhun Dan Kentang


Resepi Sup Telur Dengan Suhun Dan Kentang
Gambar hiasan

Bahan-bahan:

5 biji telur
5 ulas Bawang merah - ditumbuk halus
3 ulas Bawang Putih - ditumbuk halus
1 inci Halia - ditumbuk halus
1 bungkus sup bunjut
Bunga lawang
Buah pelaga
Kulit Kayu manis
Suhun - direndam
Ubi kentang dibelah 4 @ potong 1 inci
Tauhu pucuk- direndam
air secukupnya
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
sedikit bawang goreng
daun bawang
daun saderi

Cara Masak sup telur dengan suhun


1. Bawang merah, halia dan bawang putih ditumbuk halus.

2. Ubi kentang dibelah 4 atau potong 1 inci dadu pun boleh. Ikut suka

3. Panaskan minyak tumis bunga lawang buah pelaga dan kulit kayu manis kemudian masukkan bahan tumbuk kacau hingga naik bau dan garing sedikit, masukkan air.

4. Masukkan sup bunjut tadi, garam, serbuk perasa, suhun, tauhu pucuk dan ubi kentang.

5. Bila mendidih pecahkan telur satu demi satu ke dalam periuk. Pastikan telur yang dipecahkan terbentuk dahulu sebelum pecahkan telur yang kedua dan seterusnya. 

6. Kacau perlahan-lahan.Bila ubi kentang dah empuk tutup api.

7. Siap untuk dihidangkan.

Kalau nak telur terbentuk dan tak pecah, pecahkan dulu dalam senduk kemudian baru letak dalam sup tersebut. Buat satu persatu sampai habis.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.