Header Ads

Resepi Udang Masak Butter Yang Sedap Dan Mudah

loading...
Resepi Udang Masak Butter Yang Sedap Dan Mudah. Udang masak butter atau dipanggil #butterprawn biasanya dimasak ketika makan beradab atau makan damai untuk pengantin. Kalau ngada-ngada nak buat sendiri kat rumah memang tak ada lah, sebab tak berapa pandai. Kalau nak makan, kami akan order dari restoran aje. Udang masak butter memang sedap jika tahu rahsia membuatnya. Saya tengok adik ipar buat macam mudah. Bila masuk mulut, sedapnyaa...

Udang masak butter seperti di bawah saya siarkan semula dari blog aynorablogs yang dikongsikan resepinya daripada Amie's Little Kitchen.

Resepi Udang Masak Butter Yang Sedap Dan Mudah
Udang masak butter - gambar hiasan

Resepi Udang Masak Butter Yang Sedap Dan Mudah


Bahan-bahan:

500 gram udang - bersihkan, belah belakang dan gaul dengan sedikit garam / tak bubuh pun tak apa
2 sudu besar mentega
3 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
10 biji cili padi - hiris
50 gram butter cereal seasoning powder (Serbuk Perencah Bijirin Mentega)
minyak

Cara menyediakan udang masak butter yang sedap


1. Panaskan minyak dan goreng udang hingga masak. Angkat dan ketepikan.

2. Dalam kuali lain, panaskan mentega dengan api perlahan.

3. Masukkan daun kari dan hirisan cili padi. Tumis hingga harum.

4. Masukkan udang dan gaul sebati dengan bahan tumis.

5. Padamkan api.

6. Masukkan Serbuk Perencah Bijiran Mentega (Butter cereal seasoning powder) dan gaul rata.

7. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi udang masak butter atau butter prawn paling sedap yang saya share di atas hanyalah sebagai rujukan dan panduan saya. Tetapi jika anda rasa resepi udang saya di atas sangat berguna, anda boleh sebar dan share, kan.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.