Header Ads

Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas

loading...
Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas. Udang antara makanan laut yang mengandungi banyak protein. Nilai proteinnya dikategorikan sempurna kerana kadar asam amino yang tinggi, berprofil lengkap dan sekitar 85 - 95 persen mudah dicerna tubuh. Contohnya 100 gram udang mentah mengandungi 20.3 gram protein atau cukup untuk memenuhi keperluan protein harian sebanyak 41%.

Kalori energi udang yang sangat rendah (hanya 106 kalori per 100 gram udang) menjadikannya salah satu makanan diet yang sangat baik. Udang juga hanya mengandungi sedikit asam lemak jenuh. Seperti juga makanan laut lain, kadar asam lemak sihat pada udang sangat tinggi iaitu Omega-3 dan Omega-6 masing-masing mencapai 540 mg dan 28 mg per 100 gram udang segar.

Tetapi kandungan kolsterol udang cukup tinggi iaitu 152 mg per 100 gr udang segar. Namun hampir sama halnya seperti tuna dan makanan laut lain, segala manfaat nutrisi udang akan mengalahkan kesan-kesan negatifnya. Asam lemak esensial yang dikandung udang mampu meningkatkan kadar HDL (kolesterol baik) serta menurunkan LDL (kolesterol jahat) dan trigliserida dalam darah sehingga baik bagi kesihatan kardiovaskular.


Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas
Gambar ehsan Google
Cukup lah dengan info kesihatan dengan udang ya.., nanti lupa pula nak bagi resepi udang masak lemak dengan nenas. 

Resepi Udang Masak Lemak Dengan Nenas

(sumber resepi: En Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA:

5 - 6 ekor udang bersaiz besar (samada udang galah atau udang kaki merah)
1 biji nenas Sarawak saiz kecil
3 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit, disiat
800 ml santan cair
400 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa 


BAHAN KISAR HALUS:


2 biji cili merah
20 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras
2 keping hirisan nenas
1/2 inci kunyit hidup


Cara menyediakan Udang Masak Lemak Dengan Nenas



1. Udang dikerat muncungnya, buang kotoran di hujung kepala udang, kerat sedikit kaki2nya. Cuci bersih dan toskan. 

2. Nenas dikupas, kemudian hiris kasar-kasar, ketepikan.

3. Masukkan udang, serai titik, asam gelugor dan bahan kisar halus, gaul rata dan masak hingga udang berubah warna.

4. Masukkan santan cair, kacau dan biar mendidih. Tambah nenas dan masak sekejap.

5. Tuang pati santan dan masukkan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederhana, kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

6. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk-lauk lain...

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.