Header Ads

Resepi Udang Masak Sambal Petai


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Resepi Udang Masak Sambal Petai
Resepi Udang Masak Sambal Petai. Pada hari minggu nak masak special sikit, ya lah tak kerja.. boleh lah masak yang remeh sikit. Kalau nak makan petai sekali sekala, saya akan masak pada hari cuti.. faham-faham sudahlah. Ya tak?

Kalau nak masak sambal petai dengan udang, jangan letak petai berlebihan. Nanti rasa dan bau sambal agak pahit, cukup jadikan petai sebagai bahan tambahan yang sederhana saja.

Resepi Udang Masak Sambal Petai

Kali ini saya nak masak udang masuk petai sedap dan lazat. Petai pun cantik dan bulat.. sedap dikunyah. Ia jadi rangup. Hihi..

Orang kata nak beli petai ada caranya. Ada tipsnya. Antaranya..

1. Pilih petai yang sudah tua dengan bentuk biji bulat penuh dan terasa agak keras ketika ditekan. Petai yang tua biasanya lebih renyah dan cukup tajam aromanya. Beza dengan petai muda yang lebih lunak dan kurang tajam aromanya.

Resepi Udang Masak Sambal Petai

2. Pilih petai berwarna hijau segar yang kulitnya tidak berlubang dan semua biji petai tertutup rapat.

3. Selain membeli petai penuh yang belum dikupas, anda juga boleh membeli petai yang sudah dikupas. Tapi sebaiknya petai yang sudah dikupas harus segera dimasak kerana tidak mampu bertahan lama ketika disimpan.

4. Petai penuh yang belum dikupas boleh disimpan selama beberapa hari di dalam peti ais atau pada suhu ruang agar tetap segar.

Resepi Udang Masak Sambal Petai


Bahan bahan:

10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa


Cara sediakan sambal udang dengan petai

1. Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.

3. Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.

Resepi Udang Masak Sambal Petai

4. Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi udang masak sambal petai di atas. Sebelum ni pun saya ada tulis dan share resepi sambal udang. Terpulang anda nak ikut cara yang mana.

Bye.. selamat memasak.

No comments

Powered by Blogger.