Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Rekaan Cantik Bekas Rempah Ratus Yang Berwarna Warni Untuk Dapur

Rekaan Cantik Bekas Rempah Ratus Yang Berwarna Warni. Letak bekas rempah ratus yang warna warni dan berbunga-bunga di dapur anda boleh melahirkan mood memasak pada tahap maksima! Tak caya? Cuba buat... rasa selera nak masuk dapur sebab ada bekas warna warni bunga dan corak buah-buahan. Set bekas bahan perisa dan rempah ratus ni siap setnya dengan sudu kecil, penutup bekas dan dulang comel alas bekas tersebut.

Ia dijual pada harga yang berbeza-beza, serendah RM35 satu set pun ada. Satu set umumnya dijual dengan 3 unit bekas yang cantik dan seragam.


Rekaan Cantik Bekas Rempah Ratus Yang Berwarna Warni Untuk Dapur
Bekas menyimpan garam dan kunyit yang dibeli di Ayer Hitam

Rekaan Cantik Bekas Rempah Ratus Yang Berwarna Warni


Mana nak beli? Kat mana-mana pusat kraftangan atau barang dapur pun ada dijual. Tempat jualan barangan pengantin pun ada. Jadi rambang mata dibuatnya.



Saya beli pekakas bekas rempah ratus ni di Ayer Hitam, Johor. Kawasan ini memang terkenal sebagai pusat sehenti barangan dan aksesori perkahwinan yang dijual pada harga mampu milik (jauh lebih murah daripada di Nilai 3).. haha..

Jika anda nak beli bekas rempah ratus ni, anda kena lihat betul-betul adakah peralatan tersebut dalam keadaan baik, tidak retak dan keadaan fizikalnya sempurna. Ada juga sesetengah bekas tersebut yang reject, iaitu kualiti buatannya yang kurang elok. Di mana ada sesetengah yang telah sumpik dan penutup tak ngam dengan bekas. Kena periksa betul-betul. Jangan tertipu dengan nafsu.



Memang ada terlalu banyak pilihan hinggakan anda rasa nak borong semua. Tetapi ongkosnya pulak tak sudi.

Jadi, jika anda nak naikkan mood memasak di dapur.. gunalah bekas rempah ratus dan perisa yang berwarna warni, sedondon dan juga sesedap mata memandang.. macam saya buat. Haha...

Selamat menghias dapur anda ya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close