Header Ads

Resepi Daging Dendeng Simple

loading...
Resepi Daging Dendeng Simple. Daging dendeng simple untuk hidangan anda sekeluarga. Ada yang goreng daging dengan kicap pun boleh hingga garing dan ada pula goreng daging setelah daging yang direbus dengan bahan perapan tadi empuk. Terpulang pada cara masing-masing. Resepi daging dendeng merupakan hidangan klasik yang digemari dari sejak zaman dulu lagi.

Ada juga yang perap daging dengan kicap pekat lemak manis, lada, garam dan gula. Gaul sehingga daging diselaputi bahan perap sepenuhnya. Buangkan air berlebihan atau alihkan daging masuk ke dalam beg ziplock, tutup, dan perap di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya dua jam atau semalam.

Tapi...

Jika anda tengok cara yang saya nak share kat bawah ni, ianya adalah resepi daging dendeng yang amat simple dengan teknik rebus daging dengan gula, garam dan air asam jawa. Air asam jawa berfungsi mengurangi/ hilangkan bau hanyir daging tersebut.

Resepi Daging Dendeng Simple


Resepi Daging Dendeng Simple


Bahan-bahan:

1/2 kilo daging
10 biji cili hidup - dikisar kasar
1 labu bawang besar
Sedikit garam
Gula
Air asam jawa
Lobak merah dihiris halus sebagai hiasan

Cara membuat daging dendeng simple


1. Rebus daging seketul besar tanpa cincang bersama garam, gula dan air asam jawa. Setelah empuk, sejukkan dan dipotong nipis.

2. Goreng daging bersama sedikit minyak untuk lebih garing. Angkat dan ketepikan.

3. Tumis cili bersama bawang yang telah dikisar kasar tadi. Setelah garing, masukkan daging tadi.

Angkat dan hidangkan untuk family tersayang resepi simple daging dendeng. Sedap dimakan dengan nasi putih panas.

Selamat mencuba. 

No comments

Powered by Blogger.