Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Talam Keladi Mudah Sukatan Cawan

Resepi Kuih Talam Keladi Mudah Sukatan Cawan. Bila nampak resepi pakai sukatan cawan, terus aje datang mood nak mencubanya. Berbanding sukatab cawan dengan gram, saya lebih suka guna sukatan cawan walau ramai chef terkenal kata sukatan cawan kurang tepat. Setakat ni, semua resepi sukatan cawan yang saya cuba telah jadi dengan jayanya.

Kuih talam keladi yang saya kongsi kan di bawah adalah dengan sukatan cawan juga. Mudah. Sukat semua bahan dengan saiz cawan yang sama tau.. itulah petuanya..

Kuih talam dengan seri muka, saya lebih suka seri muka. Tapi cara buat yang mudah tentulah kuih talam. Namun citarasa orang adalah berbeza.

Resepi Kuih Talam Keladi Mudah Sukatan Cawan

Resepi Kuih Talam Keladi Mudah


Bahan-bahan:

Bahan lapisan bawah (A)

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kanji
1 sudu gula
2 cawan air
2 cawan santan
250 gram keladi - dipotong dadu dan dicelur

Bahan lapisan atas (B)

5 butir telur ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna ungu

Cara membuat kuih talam keladi mudah


Resepi Kuih Talam Keladi Mudah Sukatan Cawan

1. Satukan bahan A ke dalam periuk dan kacau di atas api hingga sedikit liat.

2. Tuang atas loyang dan kukus selama 15 minit

3. Satukan bahan B dan kacau di atas api sehingga berwap dan tuangkan ke atas lapisan pertama tadi.

4. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit hingga 20 minit.

5. Setelah masak bolehlah diangkat. Potong ketika sejuk.

Selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close