Header Ads

Resepi Rendang Ayam Sedap Dan Terbaik

loading...
Rendang ayam adalah salah satu lauk kegemaran keluarga kami juga, sebab senang nak buat dan tahan lama. Kalau masak rendang ayam, boleh juga buat lontong dan makan dengan lontong. Jadilah lontong kering.

Resepi Rendang Ayam Sedap Dan Terbaik

Hari ni saya nak share resepi rendang ayam style MIL saya yang gerenti sedap. Hihi...

Resepi Rendang Ayam Sedap Dan Terbaik


Bahan bahan:

ayam - dipotong mengikut citarasa
Santan
Daun kunyit- dihiris halus


Bahan A - ditumbuk
Serai - dipotong n tumbuk
Halia
Kunyit
Lengkuas
cili api - terpulang pd individu nak pedas atau x

Bahan B - dihiris halus halus
Bawang putih
Bawang merah kecil

Bahan C

Cili boh
Ajinomoto
Gula melaka
Asam keping
Garam
Gula
Sedikit kerisik - opsyenal utk warna gelap


Cara menyediakan rendang ayam terbaik dan sedap


1. Masukkan ayam di dalam kuali, gaulkan sekaligus semua bahan A,B, dan panaskan kuali.

2. Letak santan dan semua bahan c. Tunggu sampai masak.

3. Siap masak tutup api dan gaulkan daun kunyit.

Siap dah. Kalau nak rendang ayam yang sedap, tumbuk semua bahan, jangan guna blender. Itulah petuanya, supaya semua bahan kisar tidak bercampur dengan air yang banyak.

Selamat mencuba.

No comments

Powered by Blogger.