Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Koleksi Resepi Ikan Kaci Sedap Semuanya

Ikan Kaci Sedap Masak Apa? Uhh.. jenuh juga nak cari resepi yang sesuai dimasak dengan ikan kaci saya. Rupa ikan kaci ni ada macam ikan merah sikit, kan? Harganya pun boleh tahan mahal, contohnya saya beli kepala je dah dekat RM9.65. Bahagian ekornya saja berharga RM5.95. Anda rasa mahal ke? Sebab saya jarang beli ikan kaci, rasa mahal lah juga. Tapi masa tu dah tak ada banyak pilihan ikan yang segar.. kaci pun kacilah... hehe

Ikan kaci sedap masak apa ya? Jom tengok hasil carian saya kat pak cik Google yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita semua.


Ikan Kaci Sedap Masak Apa?


Setelah seharian mencari, saya kongsikan kepada peminat resepi semua tentang masakan berasaskan ikan kaci. Yahoo.. dah ada idea nak masak apa dengan ikan kaci saya.

1. Resepi Ikan Kaci Masak Lemak Cekur


Koleksi Resepi Berasaskan Ikan Kaci Sedap Semuanya
Gambar hiasan

Koleksi Resepi Berasaskan Ikan Kaci Sedap Semuanya
Rupa ikan kaci sebelum dimasak..

Bahan- Bahan;

2 keping kepala ikan kaci / kerachi
3 keping isi ikan kaci/kerachi
1 keping asam gelugur
1 batang serai- di titik
2 biji buah tomato - di belah 4
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
daun cekur secukupnya- di hiris
garam dan sedikit gula
1/2 cawan minyak utk menumis

Bahan Kisar:

5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 ketul ubi cekur
4 tangkai cili merah
8 tangkai cili padi merah/hijau

Cara- Caranya:

1. Bersihkan ikan, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan kisar, serai sehingga naik bau.
3. Tambahkan santan cair dan biarkan mendidih sebentar.
4. Masukkan asam keping dan ikan. Masukkan pula santan pekat dan biarkan mendidih.
5. Masukkan garam dan sedikit gula. Masukkan pula tomato dan hirisan daun cekur Biarkan mendidih lagi.
6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, bolehlah matikan api, angkat dan hidangkan.

2. Resepi Ikan Kaci 3 Rasa


Koleksi Resepi Berasaskan Ikan Kaci Sedap Semuanya
Sumber Google
Bahan bahannya:

1 Ekor ikan kaci yang telah dibersihkan.
Gaulkan bersama garam dan sedikit kunyit.

Bahan-bahan untuk menumis:

3 biji bawang putih di cincang halus.
1 bij bawang besar di potong baji
2 sudu cili kisar
1 batang serai dititik
1 inci halia di hiris halus
1/2 biji karot di potong mancis
10 biji cili api di belah dua
1 biji tomato di dadu atau di belah 6
1 potong nenas di potong kecil
Cili Sos Thai
Garam secukup rasa
Sedikit sos ikan
Gula jika suka
1 cawan air

Cara carannya:

1. Gorengkan ikan kaci tadi sehingga masak dan ketepikan.
2. Tinggalkan sedikit minyak menggoreng ikan tadi untuk menumis.
3. Tumiskan bawang putih sehingga wangi.
4. Masukan sedikit cili kisar dan masak sehinga wangi.
5. Masukkan serai, halia, bawang besar dan gaul sebati. Masukkan sos cili thai ikut banyak mana yang kita mahukan dan juga secawan air. Biarkan mendidih sebentar.
6. Masukan karot, cili api, tomato dan daun limau purut.
7. Masukan garam, sos ikan dan gula jika suka. Gaul rata dan bila telah sempurna masak matikan api.
8. Tuangkan bahan menumis tadi ke atas ikan dan sedia untuk di hidang.
9. Taburkan daun sup jika suka.

3. Ikan Kaci Goreng Kunyit Simple


Ikan Kaci Goreng, lebih sedap rasanya. sebab rasanya sedap kalau digoreng, jadi goreng sajalah. 

Koleksi Resepi Berasaskan Ikan Kaci Sedap Semuanya

Bersihkan sebentar dan cuci bersih. Bubuh garam, kunyit dan masukkkan pelan-pelan dalam minyak panas. Gorenglah sampai masak. Jangan garing sangat nanti tak berapa sedap rasanya. 

4. Resepi Ikan Kaci Masak Asam Pedas Style Johor

Koleksi Resepi Berasaskan Ikan Kaci Sedap Semuanya
Gambar ehsan rasa.my

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan kaci saiz besar | dipotong
6 biji bendi
1 batang bunga kantan | dibelah
1 tangkai daun kesum
Air asam jawa secukupnya
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN KISAR:

15 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5cm halia
2.5cm kunyit hidup
2.5cm belacan

CARA MEMASAK:


1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.
2. Kemudian masukkan air dan bunga kantan. Biarkan mendidih.
3. Apabila telah mendidih, masukkan ikan kaci dan bendi. Kacau rata dan biarkan mendidih. Pastikan api sederhana besar.
4. Setelah itu, masukkan air asam jawa dan perasakan secukupnya.
5. Akhir sekali, masukkan daun kesum dan biarkan seketika. Angkat dan sedia untuk dimakan.

Selamat mencuba kepada peminat resepi berasaskan ikan kaci. Ikan kaci kena masak dwngan masakan yang berkuah, rasanya lebih menyerap orang kata. Tak kisahlah apa menu atau resepi yang anda pilih.. yang penting masakan kita dimakan oleh orang yang tersayang. 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close