Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik

Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik. Mee bandung yang mana satu kegemaran anda? Mee bandung Muar? Cukup terkenal tu. Atau mee bandung buatan tangan bonda sendiri? Terpulanglah, yang penting kita nak rasanya sedap dan terbaik! Makan sekali teringat-ingat dan tercari-cari. Ya dak? Siapa yang masak tak kisah yang penting bahan utma dan rasa dia rasa mee bandung bukannya rasa mee tomyam.. Hehe..

Ada ke mee tomyam? Mana tak da nya, banyak je. Kalau you all pergi restoran Thai dan minta mee bandung. Hmm... yang datang mee tomyam. Sebab segala bahan dalam tu adalah perencah untuk buat tomyam. Kacang tanah tumbuk pun tak ada.. Redhalah je, nak buat macam mana, dah tekak teringin nak makan mee bandung. 😂😂😂


So, lain kali kalau nak order makanan yang asli dan sedap, kena pergi ke restoran yang betul. Tak mau complain okay ✌✌

Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik 


Jom kita tenngok step by step cara nak buat mee bandung sedap kesukaan ramai dengan bahan perencah yang betul. Kalau mana yang kurang kita pandai-pandai upgrade sendiri ya. Itu pun nak kena ajor ke?? Kita semua kan ada kepakaran mix and match.. 😂😂


Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik

Cara Buat Mee Bandung Lebih Sedap Dan Terbaik

Bahan-Bahan

  • 1 bungkus mee kuning 
  • 2 biji telur  
  • 5 ekor udang basah - asingkan kulit kepala tapi jangan dibuang 
  • 2 potong ayam - potong kecik-kecik 
  • 3 biji kentang - potong dadu 
  • 5 cawan air 
  • 2 sudu besar sos tomato 
  • 3 sudu besar sos cili 
  • 5 biji kacang tanah tumbuk (beli di kedai runcit atau pasaraya yang dah siap tumbuk) 
  • sayur-sayuran, kobis atau sawi
  • gula dan garam secukup rasa 

Bahan Kisar

  • 5 tangkai cili kering 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 ulas bawang putih 

Cara Penyediaan Mee Bandung Lebih Sedap  


✔1. Panaskan sedikit minyak pada kuali kemudian goreng kentang yang dipotong dadu tadi bersama kulit kepala udang. Goreng hingga warna menjadi keemasan kemudian masukkan 2 cawan air dan rebus hingga kentang empuk.

✔2. Apabila kentang sudah empuk angkat dan buang kulit udang dan biarkan hingga kentang sejuk. Apabila sudah sejuk blend kentang bersama air rebusan tadi.

✔3. Tumis bahan kisar hingga harum dan pecah minyak kemudian masukkan udang dan ayam dan biarkan hingga ayam agak masak. Kemudian masukkan 3 cawan air bersama sos cili dan sos tomato. Kacau sekejap dan masukkan kentang yang sudah di blend tadi.

✔4. Masukkan kacang tanah tumbuk kemudian kacau hingga sebati. Jangan lupa perasakan dengan sedikit gula dan garam.

✔5. Akhir sekali, biarkan hingga masak, pecahkan telur. Biar telur dah masak, masukkan sayuran  kemudian angkat dan boleh mula hidangkan. 

Tips;

1. Untuk cara menghidang, masukan mee ke dalam bekas yang sesuai kemudian curahkan kuah dan tambahkan daun sup di atssnya, jika suka.

2. Mee bandung asli mestilah ada kacang tanah tumbuk di dalam bahan perencahnya. Barulah naik rasanya itu.

3. Kalau nak ganti ayam dengan daging atau sotong pun boleh. Ikut kesukaan masing-masing.

Siap dan mudah sahaja kan resepi mee bandung ni. Sila share kepada kawan atau keluarga anda, selamat mencuba.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close