Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api. Hai semua pencinta resepi kisahresepi.com. Ada menu apa hari ni yang anda nak masak?? Barang dan bahan dah ada tetapi tak idea, kan? Why not cuba masak ikan kembung lemak cili api. Berapi ke idok? Kita cubalah. Kalau nak yang berapi, tambahkan cili apinya. Barulah kaw!!

Tapi macam saya tak bolehlah nak berapi sangat nanti ada yang asyik keluar masuk tandas. Tak ke naya orang macam tu. Kalau tak kuat pedas, masaklah ala kadar je. Semua orang boleh makan.

Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api


Masak lemak cili api antara resepi kegemaran kami sekeluarga. Ada je yang nak dikerjakan kalau ada barang mentahnya. Ayam, ikan atau daging pun sedap je kalau nak masak cili api.

Gambar dan resepi Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api

Bahan-bahan:

5 ekor ikan kembung besar
1 biji bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inci halia - kisar
1 inci kunyit hidup @ 2 sudu kecil serbuk kunyit - kisar
10 tangkai cili api - kisar
1 keping asam keping
1 kotak santan - bancuh dengan air dulu
Garam dan gula secukupnya
Serbuk perisa, jika suka

Cara penyediaan Ikan Kembung Masak Lemak Cili Api 


1. Tumis semua bahan kisar hingga masak, hingga naik bau.

2. Masukkan asam keping dan kacaukan.

3. Masukkan ikan kembung. Gaul dan sebatikan dengan bahan tadi.

4. Kemudian, masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan air. Kacau rata.

5. Periskan dengan garam dan gula.

6. Kecilkan api, biar mendidih. Bila ikan dah masak, matikan api.

Tips:

1. Bila masak berkuah ikan kembung, saya akan masukkan ikan kembung dulu barulah masukkan santan. Sebab ikan kembung besar ni, isi ikannya kenyal, tak mudah hancur. Bila dah masak pun, isinya masih lagi keras. So, tak risau isinya hancur.

Selamat mencuba kepada yang nak memasak lemak cili api ikan kembung. Semoga suksess. Jumpa lagi di lain resepi ya..

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.