
Memang tak akan beli lagi lah jawabnya. Itulah antara pengalaman beli di bazaar ramadhan dalam bulan puasa ni. Kita berniaga memang kena ambil untung, tetai jangan sampai aniaya pelanggan yang datang membeli. Tak berkat nanti rezeki tu..
Kuih Onde Onde aka Buah Melaka
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
Kuih Onde-Onde Sedap Dan Lembut
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
4 sudu besar tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
5 helai daun pandan - kisar dengan air dan ambil jus secukupnya
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit air kapur
Cara cara menyediakan Kuih Onde Onde
1. Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
3. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan yang dicarik dalam air rebusan supaya wangi.
4. Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
5. Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan. Nota: Kepala parut ditekan tekan sedikit dengan sudu supaya rata. Jadi ianya lebih cantik.
Nota: Kuih onde onde asalnya menggunakan hanya tepung beras pulut. Tapi untuk menghasilkan kuih onde onde yang lembut, diubahsuai resepi dengan dicampur tepung beras.
0 Ulasan