Resepi Ikan Siakap Masak Singgang

Resepi Ikan Siakap Masak Singgang. Menu singgang memang menyegarkan. Bila tekak perit tak boleh nak telan makanan keras dan kasar, saya prefer masak sup atau singgang untuk lauk makan kami. Lagipun masak singgang senang je, tak ada salah atau betul.. Masak campak-campak je.. 

Kalau nak sedap sikit, tumis dulu bahan tapi dengan jumlah minyak yang sedikit je. Orang kata buat naik bau harum dia je. Tapi kalau tak nak guna minyak langsung pun tak apa. Ikan siakap yang kita masukkan nanti pun ada keluar minyaknya..

Ingat lagi masa dalam pantang dulu, mak mertua buatkan bawal putih masak singgang. Sedapnya lahaiii.. tapi bila buat sendiri, lain pulak rasanya. Haha..


IKAN SIAKAP MASAK SINGGANG



Siakap masak singgang
Siakap masak singgang

Bahan – Bahan :

Ekor ikan siakap siap disiang - kerat ikut saiz disukai
1 labu bawang besar
3 Ulas bawang putih
1 batang serai
Halia dan kunyit | lebih kurang 1 inci
6 biji cili hijau
2 biji tomato (saiz sederhana)
Kacang bendi
1 keping asam keping


Cara Memasak Singgang Ikan Siakap:


1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, halia dan kunyit sehingga lumat, serai dititik. Jangan dikisar dengan blender ya, nanti rasa masak singgang dah tak berapa sedap.. ikut pengalaman saya la, lebih baik tumbuk je

2. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Kurangkan penggunaan minyak.

3. Masukkan serai, bila bau dah naik masukkan air secukupnya.

4. Masukkan asam keping dan tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sehingga mendidih.

5. Kemudian boleh la masukkan ikan siakap tadi. Tunggu sampai mendidih, jangan kacau selalu nanti ikan hancur.

Akhir sekali masukkan kacang bendi, tomato atau apa-apa yang sesuai, jika suka. Kalau tak suka tak payah letak.

Siap dihidangkan ikan siakap singgang anda. Saya ucapkan good luck bagi yang baru belajar masak, kalau dah pro.. main campak-campak je kan?

Selamat mencuba. Semoga berjumpa di lain resepi. 

Catat Ulasan

0 Ulasan

close