Resepi Biskut Coklat Chips Pasti Jadi

Resepi Biskut Coklat Chips Pasti Jadi. Biskut coklat chips yang pasti jadi dan tak manis sangat. Sedap kan biskut ni, bau dia harum je.. makan pun tak muak. Terima Kasih yang share Resepi Cookies ni.. saya share dari FB dan letak kat sini. Nanti lain kali boleh bukak kat sini, ni lah "buku resepi" saya yang saya rekodkan buat tatapan semua.

Kalau ikut resepi ni, memang senang sangat. Semuanya pakai gaul macam tu je. Tak perlu mixer pun. Tapi hasilnya tentu puas hati. Rasa rangup, lembut, manisnya sedang-sedang dan ada juga pahit-pahit cip coklat yang lazat. Jom kita tengok cara membuatnya di bawah. 

Resepi biskut famous amos
Biskut choc chips pasti jadi


RESEPI BISKUT CHOCLATE CHIP ALA FAMOUS AMOS!!


Bahan A:

Kacau Rata Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja.


250 gram marjerin (saya guna Farmcow)
1 1/4 cawan brown sugar
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

#Bila dah kacau, masukkan pula bahan B seperti bawah.


Tambahkan Bahan B

2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
*2 cawan cip coklat (masukkan akhir sekali)

#Gaulkan lagi dan kacau rata semua bahan di atas kecuali cip coklat.

Bila dah sebati, baru tambahkan pula 2 cawan cip coklat.


Sejukkan Adunan


Bila dah menjadi adunan, masukkan ke dalam peti sejuk sekejap dalam setengah jam.


Sedia Dibakar

Lepas setengah jam, bolehlah keluarkan adunan dan sedia untuk membakar.


Nota: Adunannya memang lembik sikit ya. Masa susun atas loyang, jarakkan jauh sikit antara satu sama lain untuk bagi ruang pada biskut untuk mengembang.

Cara Bakar


Masukkan Dalam Oven Bakar 20 minit suhu 150 darjah guna api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing-masing.

SIAP! Bila nampak biskut dah mengembang dan baunya dah harum semerbak, itu tandanya biskut dah hampir masak.

Samada nak letak topping almond @ tidak, terpulang masing-masing ya. Kalau kosong saja pun tak apa. Dah cukup sedap dah. Bila dah masak, beginilah hasilnya…

Biarkan sejuk sikit. Nanti bolehlah makan atau simpan dalam bekas kedap udara. Mudah rupanya nak buat biskut Famous Amos ni.


๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Credit : myra chaqkey

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.