Buku Hebat Didapur Hasil Tangan Azie Kitchen. Yeayy!! Buku masakan resepi hebat food blogger dah sampai kat tangan saya. Buku masakan ni saya tempah awal semasa ia di buka dalam bulan November 2020. Pada mulanya dijangka siap hujung disember 2020, tetapi akhirnya sampai kat tangan sudah pada hari ini, 13 Januari 2021, bersamaan hari pertama PKP 2.0. Boleh lah dijadikan panduan buat resepi sedap-sedap nanti.
Apa istimewanya buku masakan Hebat di dapur ni? Pastilah ia mengandungi pelbagai resepi yang menjadikan kita hebat di dapur tetapi dengan syarat rajin la memasak berdasarkan resepi dalam buku tu. Kalau setakat selak buku, layan gambar je.. memang tak hebat la.. huhu
Buku Hebat Didapur Hasil Tangan Azie Kitchen
Baiklah.
Saya kongsikan gambar buku dan beberapa isi kandungan buku Hebat Didapur tulisan Azie Kitchen. Bukunya tebal, ada lebih dari 80 resepi menarik, mudah dan insya Allah sedap masakan tu jika ikut langkah demi langkah yang disarankan dalam buku..
Rasa Sayang sangat dengan buku ni, amat berkualiti. Semalam masa poslaju datang hantar pun, dah terasa beratnya. Kualiti kertas yang amat bagus, kalau air tertumpah atas buku pun masih boleh lap dengan kain. Insya Allah buku ni masih kekal elok dalam jangka masa yang lama.
So, selamat memasak dan masaklah dengan gembira dan penuh kasih sayang.
0 Comments