Resepi Daging Palembang

Resepi Daging Palembang. Dalam posting kali ini saya akan kongsikan resepi Daging Palembang yang saya perolehi dari FB. Kelihatan sedap masakan tersebut, jadi saya simpan dalam blog agar mudah nak buat rujukan bila diperlukan nanti. Sekali pandang memang macam daging masak kicap tetapi ada lengkuas dan kerisik, macam rendang pulak. Tak apalah, kalau nak cuba boleh buat sebagaimana resepinya di bawah.

Cara memasaknya mudah je kekawan, tak perlu ada langkah demi langkah yang panjang, sampai mood memasak pun kelaut. Hehe..

Resepi Daging Palembang
Gambar dari Facebook


Daging Palembang


BAHAN-BAHAN: 

1kg daging batang pinang | direbus dan hiris nipis 
6 batang serai | dititik 
1 cawan air rembusan daging 
1 cawan kicap lemak manis 
1/2 cawan minyak masak 
1 sudu makan rempah kari 
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai 
2 sudu makan kerisik 

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar 
6 ulas bawang merah 
5 ulas bawang putih 
2cm halia 
3cm lengkuas 
10 biji cili kering 

BAHAN REMPAH PENUMIS: 

1 batang kulit kayu manis 
2 kuntum bunga lawang 
3 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga

CARA MEMASAK DAGING PALEMBANG: 


1. Panaskan minyak, tumis rempah penumis bersama serai hingga wangi. Kemudian masukkan bahan kisar, terus kacau hingga pecah minyak. 

2. Masukkan daging yang telah direbus dan gaul sebati. Kemudian tambahkan air rebusan daging dan biarkan mereneh. 

3. Setelah air daging kering masukkan daun kari, kicap pekat manis dan kerisik. Jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula. Kecilkan api dan terus kacau hingga pecah timbul minyak. 

4. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba bagi peminat daging semua, daging Palembang yang popular di negara seberang. Kita kongsikan resepi untuk sama-sama merasai keenakan daging ala Palembang.

Catat Ulasan

0 Ulasan

close