Resepi Terung Goreng Tepung Yang Rangup

Resepi Terung Goreng Tepung Yang Rangup. Ini first time saya buat dan rasanya amatlah sedap. Nak cuba? Tengok resepinya di bawah ya..

Membuat terung goreng tepung tak lah susah mana, lagi pula rasa terung tu sendiri amat lembut.  
Ada beberapa langkah je nak buat, dah siap. 

Resepi Terung Goreng Tepung Yang Rangup



Resepi Terung Goreng Tepung Dengan Bread Crumb Yang Rangup



Bahan-bahan:

2 biji terung ungu - potong nipis, bulat (kulit di buang selang seli)
1 biji telur
1/2 cawan tepung serbaguna Bestari
Sedikit garam
1/2 cawan bread crumb

Cara memasak Terung Goreng Tepung Yang Rangup


1. Dalam mangkuk besar, terung gaul rata dengan tepung serbaguna bestari dengan garam. Pecahkan telur. Gaul rata. Cecair dari telur sudah cukup untuk meratakan semua terung.

2. Dalam dulang, curahkan semua bread crumb (serbuk roti). Senang nak gaul terung nanti

3. Panaskan minyak. Terung golekkan atas serbuk roti dan masukkan satu persatu ke dalam kuali.

4. Jaga api. Sebab terung mudah masak. Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan.

5. Siap untuk dihidang, makan dengan sos atau nasi putih panas, memang sedap!!

Resepi Terung Goreng Tepung Yang Rangup

Tak caya cakap saya?? Cubalah. Rasa terung goreng tepung dengan bread crumb ni lemak sedap macam isi ayam tetapi terung lagi lembut isinya.

Orang kata, di luar garing di dalam lembut.

Selamat mencuba ya!

Catat Ulasan

0 Ulasan

close