Sarapan Karipap Dan Donat Gebu Gebas Di Pagi Minggu

Sarapan Karipap Dan Donat Gebu Gebas Di Pagi Minggu. Sarapan apa hari ini? Ada yang special? Maklumlah pagi minggu dalam keadaan lockdown MCO 3.0 ini, tak ada bezanya macam hari biasa dalam tempoh tak pergi office ni. Macam sama je setiap hari. Penat nya kerana masak, makan, basuh pinggan, masak balik, makan dan gitulah seterusnya sampai MCO 3.0 ni ditamatkan. Yang utama adalah kena SABAR!!

Kalau tak ada kesabaran tu, dah lama kita semua mengamuk, kan? Hehe.. sebenarnya musim berkurung ni adalah tempoh paling kritikal buat kita jika gagal mengurus emosi dengan baik. 

Kami sarapan karipap kulit rangup dengan donat gebu gebas pagi ini ya..


Sarapan Karipap Dan Donat Gebu Gebas Di Pagi Minggu



Karipap rangup tu kami beli frozen je, RM12 dapat 25 ketul. Saiz besar-besar. Korang rasa berbaloi tak? Bagi kami, itulah harga paling murah kami pernah beli karipap frozen kentang dengan saiz besar-besar gitu.. jom tengok gambarnya..

Sarapan Karipap Dan Donat Gebu Gebas Di Pagi Minggu

Karipap frozen kulit rangup saiz besar, sedap sarapan pagi minggu kami dengan teh O panas. Sambil makan sambil tengok siaran TV tanpa tergesa-gesa. Sebab dah pasti setiap hari memerap je di rumah, nak keluar pun dalam lingkungan 10 km je kan.. inilah norma baharu ketika MCO dilaksanakan. Bertabah ya kekawan..

Sarapan Karipap Dan Donat Gebu Gebas Di Pagi Minggu

Donat gebu gebas pun frozen jugak. Hmm.. I memang jeles dengan orang yang pandai buat donat kekal gebu bila dah sejuk dan tinggal lama.. murah jugak donat ni. Saiz pun besar-besar. Peniaga yang pemurah.. moga melimpah ruah rezeki mereka.


So, korang breakfast apa pagi minggu ini? Mesti special kan? Mungkin lontong kering? Nasi ambeng (orang Johor biasa sarapan ni pepagi), atau nasi lemak sambal sotong? 

Walau apa pun sarapan pagi minggu anda, harap biarlah makanan yang menyihatkan, atau makan secara sederhana. 

Macam saya goreng banyak-banyak donat dan karipap tu untuk makan berulang kali bila dia orang masuk dapur. Tak de lah muka monyok bila bukak tudung saji. Haha..

Okay, sekadar coretan di dapur kami..


Catat Ulasan

0 Ulasan

close