Jalan-Jalan Cari Makan Asam Pedas Jenahak. Makan santai kali ni kita orang berjalanc sampai ke Tangkak, sambal on the way hantar anak bujang bongsu balik ke KMJ. Rasanya dah berkali-kali makan kat restoran Asam Pedas Ledang, kerana kawasan tempat makañnya yang selesa dan mudah nak parking. Dan yang penting asam pedasnya kena dengan tekak kami dan boleh hirup. Almaklum orang Johor memang suka dengan asam pedas cair. Hehe..





Jalan-Jalan Cari Makan Asam Pedas Jenahak
Sewaktu sampai jam dekat pukul 12.00 tengahari. Boleh dikatakan pengunjung restoran belum ramai sangat.
RESEPI : Asam Pedas Jenahak
Kami order :
- kepala jenahak Asam pedas
- ekor jenahak
- bahagian isi siakap
- telur dadar untuk 2 orang makan
- ulam-ulaman
- 1 biji telur masin
Jom layan gambar hidangan asam pedas yang kami order...

Gambar atas - kepala ikan jenahak seketul tau, bukan sebelah. Habis en suami makan sorang. Memang faveret dia tu. Sampai bersih licin dikerjakanya.




Untuk semua hidangan asam pedas jenahak dan ikan siakap, dengan ulaman dan air.. kos dibayar sebanyak RM87 sahaja. Kami rasa murah dah tu, ebab biasa kalau makan macam tu kat tempat lain cecah juga RM100 lebih.
Syukur alhamdulillah.
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me.
Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.




0 Comments