Koleksi Resepi Mudah

LAIN-LAIN RESEPI MENARIK >>>>

Lemang Kuah Kari Daging Yang Sedap

Lemang Kuah Kari Daging Yang Sedap! Dah dari hari pertama syawal tak dapat makan lemang. Tak jumpa pun lemang bila berjaya rumah sedara mara. Cari merata tempat, asal jumpa khemah jual lemang mesti dah sold out. Tinggal khemah je.. haha


Jadi, dari sehari ke sehari mencari akhirnya dapat juga lemang dengan kuah kari daging. Dapatnya pun dah nak masuk hari Ke 20 syawal. Syukur alhamdulillah. Meh layan gambar lemang saya beli...

Lemang Kuah Kari Daging Yang Sedap

Dahlah sedap, gebu, lembut dan saiznya agak besar jugak. Boleh kerat hingga 14 ketul dalam lebar 1 inci gitu. Harga sebatang lemang RM22.00. Yang ni kategori sederhana, lagi besar lagi mahal lah. Boleh cecah hingga RM30 sebatang. Tergantung kawasan mana anda beli. Kalau port panas, tempat tumpuan ramai dan tepi highway contohnya 😄lagilah mahal. 

Lemang Kuah Kari Daging Yang Sedap

Lemang Kuah Kari Daging Yang Sedap

Lemang Kuah Kari Daging Yang Sedap

Lemang kuah kari daging. Daging lembut, secukup rasa Dan kuah karinya pun pekat dan amat sesuai di makan dengan lemang tadi. Puas hati dapat makan lemang pada penghujung syawal. 

Maka, amat bermakna syawal tahun ini ya.. 😆😍 
#Penafian:❤:
Gambar, artikel ataupun video yang ada di dalam blog ini ada sesetengahnya yang diambil dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya di Contact Me. Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan persekitaran, pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

Read More ....


Post a Comment

0 Comments