Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kek Pelangi Sukatan Cawan

Resepi Kek Pelangi Sukatan Cawan. Nak buat kek bagi saya, adalah lebih mudah dengan sukatan cawan. Kerana, mengikut pengalaman saya yang sering buat kek dengan sukatan cawan tak pernah gagal.. insyaa Allah gebu je kek tu. Tapi terpulang kepada keselesaan masing-masing.

Oh ya, hari ni hari cuti saya. Walau hari cuti, kami tidak pergi ke mana pun.. duduk rumah, makan, tengok TV dan melayan game dengan sikecil. Hero remaja saya telah kembali ke asrama.. sunyi balik rumah ini tinggal bertiga..

Jom tengok resepi kek pelangi yang super sedap..

Resepi Kek Pelangi Sukatan Cawan


Resepi Kek Pelangi Sukatan Cawan
Kek pelangi kukus sukatan cawan

Bahan-bahan:

1 cawan gula halus
1 1/2 cawan majerin
3 cawan tepung gandum + 2 sudu teh baking powder (campur sebati dan ayak)
6 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh esen rose
2 sudu makan susu cair
pewarna ikut suka

Cara Menyediakan Kek Pelangi Sukatan Cawan


1. Putar gula dan majerin sampai kembang.

2. Masukkan telur sebiji-sebiji dan putar hingga kembang dan sebati.

3. Sementara itu, lengserkan acuan 12 inci dengan sedikit majerin dan tepung. Pastikan rata ke seluruh bahagian acuan.

4. Masukkan campuran tepung, masukkan esen vanilla, esen rose dan susu cair. Gaul sebati. Bila tambah susu cair baru ada rasa lemak. Esen vanilla bertujuan untuk menghilangkan bau hanyir telur dan kek akan berbau enak.

5. Adunan dibahagikan kepada 3 bahagian. Satu bahagian berwarna asal dan 2 bahagian lagi ditambah pewarna.

6. Setelah dibahagi dan diwarnakan, barulah boleh membelang-belangkan adunan mengikut warna..bermula dari warna asal, kemudian pink dan hijau. Ambil sebanyak 3 sudu makan setiap adunan untuk setiap lapisan. Ulangi langkah tersebut hingga habis adunan.

Resepi Kek Pelangi Sukatan Cawan

7. Letakkan setiap warna secara berselang seli sehingga habis adunan. Bakar loyang bulat size 9 inch dan oven yang telah dipanaskan, 170c selama 30min atau sehingga masak mengikut kepanasan oven masing-masing.

Selamat mencuba.... :-)

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close