Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Khasiat Buah Mangga Dalam Masakan

Khasiat Buah Mangga Dalam Makanan. Buah mangga.. walau apa namanya samada mangga lemak manis, mangga harum manis, mangga susu, pelam kundang dan banyak lagi.. tetap sedap dimakan macam gitu aje atau diletakkan dalam makanan sebagai penyedap rasa. Buat kerabu mangga pun sedap!

Buah mangga banyak khasiatnya. Selain menyedapkan makanan kita, buah mangga juga bagus untuk kesihatan. Tak dengar pulak buah mangga mendatangkan mudarat kepada kita. Betul tak? Bila dapat buah mangga yang sedap lemak manis, makin menyedapkan lagi lauk pauk yang dimasak.

Khasiat buah mangga dalam masakan
Gambar hiasan ehsan Google


Khasiat Buah Mangga Dalam Masakan


Antara makanan yang sering kita masukkan buah mangga termasuklah:

1. Kerabu
2. Sambal belacan
3. Pajeri
4. Pulut 
5. Air minuman seperi ABC dan cendol
6. Ayam
7. Salad
Dan banyak lagi

Nak tahu khasiat buah mangga? Jom baca perkongsian di bawah.

Kandungan zat dalam secawan buah mangga yang di potong dadu adalah:

  • 100 kalori
  • 1 gram protein
  • 0.5 gram lemak
  • 25 gram karbohidrat (23 gram gula dan 3 gram serat)
  • 100% dari keperluan harian vitamin C, 35% vitamin A, 20 % folat, 10% vitamin B-6 dan 8% vitamin K dan potassium
  • tembaga, kalsium dan zat besi, serta antioksidan seperti zeaxanthin dan beta karotena.

Secara keseluruhan, buah mangga bagus untuk kesihatan sekaligus ia bagus juga dimasukkan dalam masakan kita. 

1. Menghalang kanser


Kajian menunjukkan di dalam buah mangga terdapat kompoun antioksida yang dilihat boleh melindungi diri dari kanser kolon, payudara, eukimia dan prostat.

Terdapat kompoun seperti quercetin, isoquercitrin, astragalin, fisetin, gailic acid dan methygallat serta pelbagai lagi enzim.

2. Mengurangkan kolestrol


Jumlah fiber yang banyak, pectin dan vitamin C membantu mengurangkan tahap serum kolesterol terutama sekali Low-Density Lipoprotein (LDL).

Khasiat buah mangga dalam masakan

3. Membersihkan kulit 


Boleh digunakan di dalam dan di luar kulit. Mangga membersihkan liang-liang yang tersumbat dan menghapuskan jerawat.


4. Kesihatan mata


Satu cawan mangga yang telah dipotong membekalkan 25% keperluan vitamin A harian anda, yang membantu dalam menjaga penglihatan dan menghalang rabun malam dan mata kering.


5. Membantu pencernaan


Bukan betik sahaja buah yang mempunyai enzim untuk memecahkan protein. Terdapat beberapa buah termasuk mangga yang mempunyai manfaat ini.

Fiber di dalam mangga juga membantu pencernaan dan membuang sisa-sisa dari dalam badan.

Untuk mengetahui lebih banyak khasiat buah mangga, anda boleh layari blog ini. Ada banyak khasiat buah mangga yang boleh dijadikan manfaat dalam kehidupan seharian. 
 

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close