Aynorablogs | Berkongsi Informasi

Top Ads

Resepi Kuih Tepung Gomak

Resepi Kuih Tepung Gomak. Haiii... ada resepi kuih tradisional yang memang patut korang cuba. Kuih ni namanya kuih tepung gomak. Kalau kat asrama dulu, selalu menu minum petang dia mesti ada kuih tepung gomak. Pelik kan namanya? Kalau makan kuih ni, mulut penuh dengan habuk..

Lagi satu, kuih tepung gomak diperbuat daripada tepung pulut. Jadi kena kunyah lambat sikit. Sambil kunyah ketawa-ketawa sampai tercekik. Itulah kisah kami.

Resepi Kuih Tepung Gomak
Gambar hiasan

Resepi Kuih Tepung Gomak


Bahan Tepung

300 gm Tepung pulut
1 cawan air
secubit garam

Campurkan Tepung dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.

Bahan inti

200 gm Gula merah
1/2 cawan Gula putih
1/2 cawan Air
1 biji Kelapa parut
2 sdu teh Tepung gandum
2 helai Daun pandan

Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan. Masak sehingga gula larut. tapis air gula. Masukkan semula air gula didalam kuali. Campurkan kelapa dan sehelai lagi daun pandan. masak sehingga kering. akhir sekali masukkan tepung.

Tepung kacang hijau

200 gm kacang hijau

Basuh kacang hijau sehingga bersih. Goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan. kemudian dikisar halus. Ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.

Cara membuat tepung gomak


Resepi Kuih Tepung Gomak
Rupa tepung gomak, ada bulat
ada yang leper. Ikut suka hati..

Ambil sedikit adunan tepung. Leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus. Apabila kuih telah timbul didalam air rebusan, angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau. Resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.

Selamat mencuba! Resepi tepung gomak ni amatlah mudah. Boleh buat sendiri kepada yang teringin nak makan. Sekarang ni pun dah jarang orang jual. Ada pun kat majlis kenduri di kampung. Jangan tak cuba ya!

Read More ....


Post a Comment

0 Comments

close