Header Ads

Kuetiau Sup Bebola Ikan Ringkas Tapi Sedap


Teruskan cuba resepi terbaik ini.. Kuetiau Sup Bebola Ikan Ringkas Tapi Sedap
Kuetiau Sup Bebola Ikan. Resepi sup kuetiau bebola ikan ini kegemaran kaum cina, sebagaimana my chinese friend selalu order untuk anaknya. Lagipun ia kurang pedas sebab itu budak-budak suka. Mak bapak pun suka. Segar rasanya.

Bau stok ikan bilis tu sedap sangat...

Nak tengok cara buat stok ikan bilis, anda boleh baca di bawah.. sampai habis ya..

Kuetiau Bebola Ikan


Resepi Sup Kuetiau Bebola Ikan


Bahan-bahan:

200 gm kuetiau
1 paket bebola ikan
1 batang sawi - potong kasar
1/2 cawan ikan bilis
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah - potong nipis
Daun bawang secukupnya
4 hiris halia
1 sudu kicap cair
Lada sulah secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukupnya
1 sudu teh minyak bijan
Air secukupnya

Cara menyediakan Kuetiau Bebola Ikan



1. Sediakan stok ikan bilis. Caranya .. tumus bawang putih yang diketuk hingga naik bau. Masukkan ikan bilis yang ditumbuk. Masukkan 3 cawan air, 2 hiris halia dan garam. Kacau dan biar mendidih.

2. Celur kuetiau sebentar. Celur sawi, angkat dan toskan airnya. Setelah stok ikan bilis mendidih, tapis airnya dan masukkan ke dalam periuk berlainan. Tambah 3 cawan air dan biar mendidih. Masukkan bebola ikan, kicap cair, minyak bijan dan serbuk lada sulah. Kacau rata dan biar mendidih.

3. Masukkan sawi, cili merah, daun bawang, daun parsli, gula, garam, dan kuetiau.

4. Kacau sebentar dan hidangkan.

Selamat mencuba resepi Kuetiau Bebola Ikan yang ringkas sungguh membuatnya. Tapi dengan campuran stok ikan bilis tadi menjadikan kuetiau bebola ikan ini lazat rasanya.

Nak cuba resepi ini? Dipersilakan. Jangan lupa share dengan kawan-kawan ya...


No comments

Powered by Blogger.