Resepi Pau Gebu Dan Lembut

Advertisement

Random Picks:
Resepi Pau Gebu Dan Lembut. Kuih pau ni adalah antara kuih yang sering dimasak oleh bonda saya sewaktu kecil dahulu. Masak berapa banyak pun boleh habis dilantak oleh kami adik beradik. Sekali masak terus habis. Dah la nak kena tunggu kukusan tu makan masa, iya lah kuih pau kan kena kukus sampai kembang. Tak boleh buka tutup buka tutup penutup steamer, nanti pau bantat, tak kembang. Haha..

Resepi Pau Gebu Dan Lembut


Resepi Pau Gebu Dan Lembut😍😋 

1/2 kg tepung gandum - tepung gandum cap Ros
11/2 sudu gula 
1 camca kecil baking powder 
1 sudu shortening 
1 cawan air suam 
1/2 pkt mauripan 

Inti ikut suka, inti kelapa atau kacang merah

Kalau nak buat inti kelapa, ini caranya..

~Gula merah - anggaran 1 1/2 cawan
~Kelapa parut (kelapa muda lebih baik)
~Sedikit air
~ 1 helai daun pandan - diikat

(Caranya: Masak semua bahan inti kelapa di atas di dalam periuk dan kacaukan hingga mendidih dan kering. Jika kurang manis boleh tambah sedikit gula pasir.)

Cara Penyediaan;


1. Campurkan 1/2 sudu gula & yis dlm air suam. Tunggu yis berbuih 

2. Campurkan semua bahan2 lain... tepung, gula, baking powder & shortening.. gaul rata 

3. Masukkan campuran yis & tambah sdkt air sambil uli 

4. Uli sampai doh lembut (uli macam sental baju tu) 

5. Rehatkan doh dlm 30min (tutup rapat /tutup dgn kain lembap) 

6. Lepas 30min, tumbuk doh utk buangkan angin. Uli lagi dlm 5 minit 

7. Bulat2kan, besar ikut suka, masukkan inti 

8. Kukus selama 7 minit dlm air yg dah mendidih, api kukusan besar 

9. Cukup 7 minit, alihkan dulu pengukus, baru bukak penutup pengukus 

Credit》Marlia lia via mahn, dari Facebook

Resepi Pau Gebu Dan Sedap

Selamat mencuba para peminat pau semua. Buat sendiri lebih puas hati, nak makan panas-panas pun dapat. 

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.