Resepi Sup Ayam Yang Ringkas Dengan Sambal Kicap Sedap

Resepi Sup Ayam Yang Ringkas. Resepi sup ayam ni memang ringkas tetapi kalau dimakan dengan sambal kicap kurang pedas.. sure tak berkelip mata. Pedas sikit tapi sedap. Tak cuba tak tahu, cubalah dulu baru tahu. Saya ajar cara nak buat sambal kicap kurang pedas tapi sedap cara saya.. tengok resepinya di bawah..

Sup ayam yang ringkas ni saya panggil sup 'bodoh', sup yang digemari oleh anak-anak. Jangan letak bawang goreng. Jangan letak lobak. Tak mahu kentang, tapi saya masukkan sikit juga. Kalau anak nak makan, saya ketepikan kentang itu.. hihi

Sambal Kicap Sedap

Bahan-bahan:
(Untuk 1 mangkuk kecil)

40 biji cili padi
4 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap manis
1/2 cawan gula
5 biji limau kasturi
1/2 sudu kecil garam
Sedikit Bahan perisa ( jika suka)

Cara nak buat sambal kicap sedap:

1. Kisar semua bahan iaitu cili padi, bawang putih, kicap dan gula hingga halus.

2. Perahkan limau kasturi dan kisar seketika.

3. Setelah siap perasakan. Jika kurang manis tambahkan gula. Jika kurang cair tambahkan lagi sedikit kicap manis.

4. Sambal kicap sedap siap untuk dicicah dengan pisang atau keledek goreng.

Nak tahu cara buat sambal kicap anda kurang pedas tetapi sedap? Masukkan perahan jus limau kasturi. Perahan jus limau kasturi menjadikan sambal kicap anda kurang pedas dan sedap. Kepedasannya tidak menyengat hingga menyebabkan airmata mengalir bila memakannya...

Resepi Sup Ayam Yang Ringkas

Resepi Sup Ayam Yang Ringkas

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam
3 biji kentang - belah 4
2 biji tomato - belah 4
1 sup bunjut adabi
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
1 pokok daun sup - cincang kasar
Bawang goreng secukupnya - tabur atas sup
Air secukupnya

Cara Memasak Resepi Sup Ayam Yang Ringkas


1. Masukkan semua bahan kecuali daun sup dan tomato ke dalam periuk dan didihkan di atas api.

2. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.

3. Teruskan proses memasak menggunakan api sederhana perlahan sehingga ayam dan ubi kentang empuk.

4. Masukkan daun sup dan tomato, kacau rata. Tutup api.

5. Sedia untuk dihidangkan. 

Selamat mencuba. Anda dan keluarga pasti suka dengan resepi sup ayam ringkas ini. 
Resepi Sup Ayam Yang Ringkas Dengan Sambal Kicap Sedap Resepi Sup Ayam Yang Ringkas Dengan Sambal Kicap Sedap Reviewed by aynora nur on Februari 17, 2018 Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.