Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak

Advertisement

Random Picks:

Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak. Inilah lauk emergency family saya bila dah tak ada idea nak masak apa, hehe.. yang penting lepas dimasak akan segera dimakan dan cepat habis. Ada pulak yang suka makan gitu je sambal telur tu, tak payah makan nasi. Siapa lagi, kalau tak sibujang kecik saya tu la.. memang faveret dia betul..

Sebelum pergi kerja tadi, sempat sediakan sambal telur rebus. Sambal telur rebus versi saya amatlah simple, sesiapa boleh buat.

Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak

Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak


Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak!



Sambal telur ni resepi sesuai sangat untuk newbies yang baru nak belajar memasak. Jika malas, susah lah. Kena mulakan dengan yang mudah, tetapi sedap tau!

Bahan-bahan:


8 biji telur rebus - dibuang kulit
Cili boh secukupnya - kisar
1 biji bawang besar - kisar
1 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
1 sudu makan sos cili
1 keping asam keping
Garam dan gula secukupnya
Air secukupnya


Cara Penyediaan Sambal Telur Rebus Mudah Dimasak



1. Panaskan minyak. Bahan kisar semua ditumis hingga naik bau. Biar lama sikit sampai naik minyak pun tak apa

2. Perisakan dengan gula dan garam. Jika sambal masih pekat, tambahkan air sedikit. Kemudian masukkan asam keping dan sos ciili tadi.

Nota:
Makin lama sambal dimasak, makin sedap dan tahan lama. 

3. Masukkan telur rebus akhir sekali. Gaul rata dan angkat. Untuk hiasan, taburkan daun sup di atasnya.

Siap untuk dihidangkan. Hehe.. mudah sekali tesepi sambal telur rebus ni. Biasa buat dimakan bersama nasi lemak atau nasi putih. Sesekali mesti rindu nak makan lauk macam ni, kan?

Selamat mencuba.

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.