Cara Masak Kari Ayam Yang Amat Mudah

Cara Masak Kari Ayam Yang Amat Mudah. Ayam masak kari atau kari ayam antara masakan popular di seluruh Malaysia.. hihi, dan hampir semua anak dara dan mak dara boleh masak ayam kari ni. Tapi masalahnya.. sedap kah masakan tersebut? Adakah ia kena dengan anak tekak masing-masing.

So, saya share kan cara masak ayam kari yang mudah tetapi lazat. Hmm.. haruman rempah tumis ketika proses awal masak kari tu.. satu taman boleh bau. Itulah momen paling saya suka hidu bila orang masak kari.

Bila anda masak ayam masak kari guna rempah tumis atau tanpa rempah tumis, memang ada bezanya. Tak tahu? Anda boleh bezakan rasa ayam masak kari dengan atau tanpa rempah tumis. Jauh beza sedapnya bila masak dengan rempah 3 serangkai tu.. (kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga/ bunga cengkih).

Resepi Kari Ayam Yang Sedap Dan Mudah 


Cara Masak Kari Ayam Yang Amat Mudah
Cara Masak Kari Ayam Yang Amat Mudah
Bahan-bahan: 

Bahan A:

1 ekor ayam dipotong kecil
1/2 cawan minyak masak
3 sudu makan rempah kari ayam @ daging
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk cili atau cili kisar
2 sudu makan kerisik - tak letak pun tak apa
2 cawan santan - 1/2 biji kelapa @ 1 kotak santan segera
4 biji kentang - potong 4
3 biji tomato - potong 4
1/2 cawan air asam jawa
Garam secukup rasa

Bahan B (bahan tumisan):


6 biji bawang merah kecil - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
2 inci halia
3 tangkai daun kari
2 inci kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara Masak Kari Ayam Yang Amat Mudah


1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumisan sehingga wangi

2. Masukkan rempah kari, jintan manis, dan serbuk cili ataupun cili kisar yang telah dibancuh dengan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan ayam, kentang, kerisik (jika suka) dan garam. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang empuk atau lembut.

4. Baru masukkan santan, dan kacau rata. Kecilkan api bagi elak santan pecah dan masakan cepat basi.

5. Perlahankan api dan masukkan tomato. Biarkan sehingga pecah minyak ataupun mendidih.

6. Setelah masak boleh dihidangkan dengan nasi, roti, pulut ataupun ketupat.

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana membaca Cara Masak Kari Ayam Yang Amat Mudah

Postingan terkait:

Belum ada tanggapan untuk "Cara Masak Kari Ayam Yang Amat Mudah"

Post a Comment