Header Ads

3 Tips Memilih Meja Makan

loading...
3 Tips Memilih Meja Makan. Maaf jika post kali ini saya nak kongsikan tips memilih meja makan pulak. Asyik cerita tentang resepi dan masak memasak.. apa kata sejukkan mata dan fikiran tengok dekorasi yang cantik untuk dapur. Dapur pun tempat memasak yang kita sukai, kan? Kalau dapur kemas dengan meja makan yang tersusun, kita pun tak nak keluar dari dapur tu..

Tips pilih meja makan yang sesuai untuk ruang dapur anda berikut ini saya kongsikan daripada web Impiana. Banyak dekorasi yang sesuai untuk anda pilih dan padankan dengan ruang dapur anda. Baca selanjutnya dari website Impiana, ok!

3 Tips Memilih Meja Makan


1. Kenal pasti saiz ruang makan terlebih dahulu. Anda mungkin selesa mencongak sahaja mengikut pemerhatian anda, hakikatnya anda perlu mengukur saiz ruang yang ada untuk kesesuaian meja makan yang akan dimuatkan di ruang tersebut. Ukuran meliputi seluruh kawasan ruang tersebut dan meninggalkan sedikit ruang antara 42 inci untuk keselesaan di bahagian ruang makan. Ukuran yang dibuat begitu penting kerana ditakuti meja makan tersebut terlalu besar untuk satu ruang yang agak sempit.

3 Tips Memilih Meja Makan

2. Bagi kediaman yang mempunyai ruang terhad, pemilihan meja bulat besar begitu digalakkan. Ini kerana meja tersebut tidak mempunyai sudut dan tidak mengambil ruang yang begitu besar untuk menempatkannya. Kehadiran meja ini sesuai untuk kumpulan kecil selain mudah untuk berkomunikasi.

3 Tips Memilih Meja Makan

3. Jika ruang makan anda sebahagian dari dapur, anda boleh memilih meja makan yang lebih kasual kerana kedua-duanya saling berkaitan dan sering digunakan. 

3 Tips Memilih Meja Makan

Cantik tak? Suka saya tengok jenis meja makan macam di atas. Tips pilih meja makan yang sesuai untuk dapur yang kecil, luas atau pun warna kabinet dapur yang gelap atau cerah juga perlu diambil kira.

Hiaslah dapur anda dengan sederhana untuk keselesaan keluarga.

No comments

Powered by Blogger.